ads

Sabtu, 8 Jun 2013

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search


BN tunai janji bangunkan kampung Orang Asli <b>di Cameron Highlands</b>

Posted: 29 May 2013 02:28 PM PDT

Posted on May 30, 2013, Thursday

KUALA LIPIS: Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan menunaikan janji melaksanakan projek pembangunan perkampungan Orang Asli di Cameron Highlands.

Anggota Parlimen Came-ron Highlands Datuk Seri G. Palanivel berkata, pembinaan jalan, rumah serta bantuan kebajikan kepada penduduk Orang Asli akan diteruskan, malah kerajaan berhasrat untuk meningkatkan taraf hidup golo-ngan itu ke tahap yang lebih baik.

"Kerajaan BN tidak pilih kasih di dalam melaksanakan pembangunan untuk rakyat, malah kepentingan setiap rakyat akan tetap diberikan keutamaan.

"Orang Asli sama seper-ti penduduk lain, berhak menikmati pembangunan dan peluang yang disediakan kerajaan," katanya pada majlis kesyukuran kemenangan BN pada pilihan raya umum lalu di perkampungan Orang Asli Pos Kuala Koyan, di sini kelmarin.

Palanivel yang juga Men-teri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata, tohmahan pembangkang bahawa BN meminggirkan Orang Asli fitnah sama sekali malah banyak peluang disediakan kerajaan untuk masyarakat peribumi itu.

Sehubungan itu, beliau meminta masyarakat Orang Asli agar menghubungi Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), wakil rakyat, penghulu, pemimpin tempatan dan tok batin untuk memperoleh maklumat tepat mengenai sesuatu projek pembangunan. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved