ads

Rabu, 12 Jun 2013

06 di jengka - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di jengka - Google Blog Search


betul ke pkr sengaja sabotaj pak ibharim <b>di jengka</b>??? - Semut Hitam

Posted: 09 Jun 2013 07:15 PM PDT

Ini berita hangat yang SH dengar dari kalangan sahabat - sahabat SH sebelum ini di Pahang. Dengar kata Pak Ibharim tu dah kena tikam. Cuma dia tak mati je lagi.

Kalau dilihatkan, adalah sesuatu yang mustahil bagi seorang Pesuruhjaya Negeri tewas dikawasan yang katanya menjadi kubu kuat dia di Pahang. Apa dah jadi?

Dua kali Pak Ibharim mencuba nasib ditempat yang sama. Dan dua kali itu jugak dia GAGAL merebut kembali kepercayaan rakyat untuk menjadikan dia wakil mereka.


Macam - macam cara dah Pak Ibharim ni buat untuk menang dalam PRU yang selesai 5 Mei hari tu. Termasuk la buat cerita yang bukan - bukan mengenai calon BN di DUN Jengka.

Tapi, dia tetap juga tewas kepada ADUN muda tu. Kenapa agaknya ye? Orang lain semua menang disebabkan mereka pandai menjaja fitnah. Kenapa Pak Ibharim kalah?

Dulu, Pak Ibharim ni pernah bergelar ADUN Jengka. Tapi tahun 2008 dia tewas kepada YB Wan Salman. Dalam Pilihan Raya kali ini pun dia tewas kepada orang yang sama.

SH sendiri pun tertanya - tanya jugak. Macam mana dia boleh kalah sedangkan dia ada nama besar dikalangan puak - puak Pakatan tu?

Nak kata dia tak hensem, rupa ada. Nak kata dia tak de ilmu, takkan la dia boleh jadi pensyarah. Sedangkan Mahfuz Bean yang lulus SRP tu pun boleh jadi wakil rakyat.

Jadi, kenapa la agaknya orang tak nak sangat ke Pak Ibharim ni ye? Apa faktor yang menyebabkan dia tewas dua kali berturut - turut dalam PRU yang lepas?

Dengar ceritanya, Pak Ibharim telah ditikam dari belakang oleh pimpinan PKR sendiri. Kenapa pulak diorang nak tikam Pak Ibharim?

Kan dia tu BAKAL Menteri Besar Pahang? Ada muslihat apa yang membuatkan PKR dengki sangat dengan dia sampai terpaksa mereka main tikam belakang ni?

Sebelum ini, desas desus hangat memperkatakan yang Pak Ibharim nak bertanding di kawasan Parlimen dan tak nak lagi mencuba nasib di kawasan DUN.

Bagi mengukuhkan kedudukan dia dalam Parti Angguk Saja tu, memang wajar sangat la Pak Ibharim tu bertanding Parlimen. Lagi pun dia ada jawatan besar dalam parti.

Bukan calang - calang orang Pak Ibharim ni beb. Dia bukan sahaja terkenal sebagai seorang Ketua Penerangan. Tetapi dia jugak anak saudara kepada Si Nik Aziz tu.

Kira kuat dah pertalian darah dia dengan Si Nik Aziz tu. Jadi, kenapa pulak masih ada lagi pihak yang dengki dengan dia? Diorang tak takut Si Nik Aziz tu murka ke?

Jangan main - main wo sama Nik Aziz. Dia 'Wali Keramat'. Ada 'daulah' yang tersendiri. Takut nanti, ada pulak pemimpin PKR yang pecah perut.

Apa yang SH dengar, Si Pak Ibharim tu ditikam dari belakang kerana wujud pihak yang menolak kepimpinan dia dan tak nak dia jadi MB Pahang.

Hah! Pulak dah? Kenapa pulak diorang tak nak dia jadi MB? Tak layak ke Pak Ibharim jadi Ulul Amri Negeri Pahang ni? Kan dah ada dalam darah dia untuk jadi MB ni?

Penjelasan dan penerangan mengenai perkara tu kita biar la jadi tanda tanya. Itu kita biar orang lain yang buat. Kalau kita buat semua sekali nanti, tak best la jadinya.

Maka sekarang ni, kita tunggu dulu bab tu. Tinggal lagi, SH yakin, diluar dari alam maya ni kenal siapa Pak Ibharim ni sebenarnya dan sebab kenapa dia ditolak dari menjadi calon Menteri Besar Pahang!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved