ads

Jumaat, 14 Jun 2013

06 di karak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di karak - Google Blog Search


Samseng gaduh dalam Balai Polis <b>Karak</b> ABN News | BM

Posted: 10 Jun 2013 06:00 AM PDT

KUANTAN – Anggota dua kumpulan tunjuk 'samseng" apabila bergaduh dalam balai polis apabila ditahan dan dibawa ke balai untuk siasatan, yang sebelum itu terbabit dalam pergaduhan menggunakan parang dan kayu di sini semalam.

"Sebaik tiba di Balai Polis Karak kedua-dua kumpulan terbabit bertengkar semula sehingga berlaku tolak-menolak antara satu sama lain sehingga menyebabkan ketua balai Sub Insp Nik Hamdan Mamat terjatuh selepas ditolak ketika cuba meleraikan pergaduhan," menurut jurucakap polis.

Dalam pergaduhan antara kedua-dua kumpulan itu sebelum itu pada kira-kira 6.30 petang, tujuh lelaki daripada kedua-dua kumpulan itu mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Bentong untuk rawatan, katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya pergaduhan itu berlaku selepas dua lelaki berumur 19 dan 20 tahun yang dituduh mencuri besi buruk di sebuah premis di Karak oleh pekerja di premis itu, telah memanggil sekumpulan rakannya untuk membantu mereka.

Polis yang tiba di tempat kejadian terpaksa melepaskan satu das tembakan amaran ke udara sebelum pergaduhan dua kumpulan itu berjaya dihentikan, katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Mansor Mohd Nor ketika dihubungi berkata polis telah menahan 31 suspek dalam kes pergaduhan itu dan mereka direman sehingga Khamis ini untuk membantu siasatan. – Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved