ads

Sabtu, 8 Jun 2013

06 di maran - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di maran - Google Blog Search


Panas: "Orang Dalam" PTD <b>Maran</b> Jadi Dalang Ceroboh Tanah

Posted: 05 Jun 2013 11:19 PM PDT

MARAN, 6 Jun - Kerajaan Negeri Pahang diminta menyiasat dakwaan berlakunya sindiket penjualan tanah secara haram oleh beberapa orang kakitangan Pejabat Tanah Dan Daerah Maran mutakhir ini. Kegiatan yang sudah beberapa kali didedahkan itu, langsung tidak terkesan di hati pegawai-pegawai yang terbabit. Malah, mereka terus bermaharajalela dan mengaut keuntungan berlipat kali ganda. Sebelum ini PDO pernah membongkarkan penglibatan "orang politk" yang mendalangi kegiatan haram tersebut. Pendedahan itu telah mengejutkan ramai pihak kerana individu yang dikatakan terlibat adalah salah seorang pimpinan politik setempat sendiri. Kes yang sepatutnya tidak lagi berlaku ini rupanya semakin berleluasa. Malah ada laporan pengawai PTD Maran sendiri terutamanya yang bertugas  semakin rakus menggunakan kuasa mereka untuk menjual tanah-tanah haram terbabit. Kes terbaru kini mereka dikatakan menjual tanah di kawasan berhampiran kawasan Kg.Bak-Bak dekat sini. Difahamkan, kawasan tanah terbabit telah diterokai dan hutan-hutan telah ditebang oleh pihak berkenaan. Kini tanah-tanahnya dijual secara haram dengan kadar harga antara RM3,000 hingga RM3,500 seekar. Pihak berkenaan mendapatkan pembeli anak Pahang dari luar yang dipercayai mempunyai wang untuk mendapatkannya. Dengan menggunakan "broker" yang dibayar komisyen mereka kini bebas melakukan apa saja. Malah lebih teruk lagi apabila ada yang tergamak mengugut pembeli berkenaan. Salah seorang pembeli dari Kuala Lumpur yang menghubungi kami mendakwa beliau ditawarkan tanah sebanyak sepuluh ekar di kawasan terbabit. "Saya sudah membuat bayaran deposit sebanyak RM15,000 kepada pihak berkenaan.. tapi apabila dibawa ke lokasi saya menolak tanah itu kerana tidak sesuai. Saya tidak bersetuju dengan cara mereka yang mendesak saya membayar deposit dan apabila minta dipulangkan mereka kata deposit hangus melainkan setuju digantikan dengan tanah-tanah lain. Saya amat kecewa dengan senario ini dan menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan yang rapi ... ramai lagi yang kena.. hilang deposit mudah-mudah.. bila kita marah mereka kata buatlah laporan polis dan bawa kes ke mahkamah.. mereka tak takut sebab yakin sudah ada kebenaran daripada pihak tertentu untuk berbuat demikian", kata mangsa terbabit.
Sebenarnya ramai lagi mangsa yang terlibat dengan pihak terbabit, cuma mereka tidak berani untuk mendedahkan kepada pihak media. Mereka yang terlibat ini juga seolah-olah tidak takut dengan amaran oleh Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob sebelum ini yang secara jelas tidak mahu ada pihak yang mengambil kesempatan menceroboh dan mencuri tanah kerajaan. Soalnya, di manakah penguatkuasaan?. Jika idlihat kepada bidang tugas Unit Penguatkuasaan agensi terbabit secara jelas mengariskan beberapa perkara iaitu "Memastikan Tanah Kerajaan, Tanah Rizab, Tanah Lombong dan juga tanah-tanah yang dimiliki oleh Kerajaan atau agensi-agensi Kerajaan tidak diteroka secara tidak sah mengikut undang-undang sebagaimana yang dinyatakan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara".  Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Maka di sini, siapakah yang bersalah? Mereka yang menceroboh tanah secara haram itukah atau mereka yang mempermudahkan urusan penguatkuasaan kerana turut mendapat habuan agaknya daripada pihak berkenaan?. Inilah yang menjadi masalahnya sekarang !!.
Masih ramai rakyat yang memohon tanah tetapi tidak mendapat kelulusan, tiba-tiba ada pihak pula yang bersenang lenang mengaut keuntungan lumayan dengan menjual tanah-tanah ini secara haram. Walau pun proses ukur dan pengeluran geran dibuat selepas segala bayaran yang diminta dilunaskan oleh pihak berkenaan, namun apa yang berlaku ini jelas sekali menunjukkan kes rasuah dan pecah amanah yang begitu berleluasa sekarang ini sebenarnya. Bayangkan jika satu ekar harga mencecah RM3,000 maka berapa banyak wang yang mereka terima bila menjual beribu-ribu ekar tanah secara haram ini. Kerakusan mereka ini bukan sahaja menyusahkan penduduk kampung malahan juga orang asli yang telah mendiami tanah-tanah terbabit sejak sekian lama seperti yang berlaku di Chenor juga dalam Daerah Maran sebelum ini. Isu tersebut telah didedah beberapa kali, namun segala janji-janji pihak berkenaan untuk mengawal perkara ini hanyalah tinggal janji semata-mata. Sebaliknya pihak yang menceroboh terus rakus menjalankan segala aktiviti mereka tanpa menghormati undang-undang !.
Dengan duit-duit inilah mereka memberi makan "anak bini", sedangkan mereka mempunyai gaji tetap yang telah diberikan oleh kerajaan. Ternyata ini adalah satu perbuatan khianat yang tidak wajar dimaafkan. Mereka yang terlibat perlu dibawa ke muka pengadilan kerana jelas mempermainkan kepercayaan rakyat selama ini. Bila rakyat yang "tidak berduit" memohon tanah bertahun tidak lulus malahan diproses sekali pun. Tapi bila orang kaya-kaya dan berduit mahukan tanah "sepantas kilat" mereka proses dan luluskan kerana sudah ada imbuhan besar yang menanti. Perkara ini adalah fenomena yang berlaku di Pahang sejak sekian lama. Apakah ia harus dibiarkan begitu saja?. Sedangkan mereka terus melakukan perbuatan terkutuk dan durjana ini!. Apakah kita harus berdiam diri selamanya?.
[Dilaporkan, mereka perlu membayar tanah-tanah haram berkenaan sebelum pihak PTD Maran akan menghantar pengawainya untuk mengukur dan membuta tindakan selanjutnya.  Ini bermakna, pembeli akan membayar tanah haram yang tiada geran dan tiada segalanya. Justeru pihak berkuasa digesa segera memantau dan mengambil tindakan. Masalahnya pihak yang berkenaan katanya sudah membayar pihak-pihak tertentu untuk memudahkan urusan mereka. Ramai yang terlibat dalam kes ini, sebab itulah ia gagal dikesan oleh pihak berkuasa. Ramai kakitangan dan pegawai yang berkenaan telah mendapat imbuhan besar untuk menutup segala kebobrokan yang mereka lakukan. Akhirnya yang mendapat nama ialah Kerajaan Negeri Pahang sendiri. Rompakan tanah secara haram ini sebenarnya bukan sahaja berlaku di daerah Maran, malahan juga daerah lain seluruh negeri Pahang. Mereka bukan sahaja merompak tanah dengan rakus, malahan juga mencuri hasil mahsul didalamnya termasuk balak dan bijih besi. Maka itulah rakyat tidak harus hairan apabila melihat pegawai di mana-mana Pejabat Tanah & Daerah yang hidup mewah diluar kemampuan mereka. Persoalannya, sampai bilakah senario ini akan terus berlaku. Jika mereka yang mahu memantau dan mendakwa juga terlibat sama, maka akhirnya fail-fail yang didedahkan itu pasti ditutup rapat-rapat akhirnya. Selamatkan Tanah Rakyat !!].

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved