ads

Khamis, 27 Jun 2013

06 di merapoh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di merapoh - Google Blog Search


Penduduk <b>Merapoh</b> Rayu Kerajaan Batal Kilang Simen

Posted: 24 Jun 2013 07:11 AM PDT


KUALA LIPIS - Kawasan gua, flora dan fauna di Merapoh, berkemungkinan akan lenyap jika wujudnya kilang simen seperti diuar-uarkan beberapa tahun lalu. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Dato' Mohd Sharkar Shamsuddin, jika projek itu direalisasikan berkemungkinan alam sekitar dan gua batu kapur yang dikenali sebagai 'Cave Paradise' dalam kalangan pelancong Barat akan terancam serta mengalami kepupusan pada masa depan. "Impaknya juga akan berlaku pencemaran air di aliran sungai berdekatan yang menjadi kawasan pemuliharaan ikan kelah merah dan ikan sebarau. "Bagaimanapun, projek itu masih peringkat kajian semua pihak, termasuk kerajaan negeri dan kita prihatin terhadap setiap rayuan penduduk Merapoh yang mahu projek ini dibatalkan," katanya. Beliau berkata demikian pada taklimat 'Save Merapoh Caves" dan melawat persekitaran bukit batu kapur di Merapoh, kelmarin. Hadir sama ADUN Padang Tengku, Dato' Mustapa Long. Difahamkan, penduduk Merapoh menyatakan bantahan apabila 85 gua batu kapur berusia 300 juta tahun, termasuk flora dan fauna di situ akan terancam berikutan ada cadangan pembinaan kilang simen oleh pelabur luar. Mohd Sharkar yang juga Adun Lanchang berkata, rangkaian gua batu kapur di Merapoh, adalah kawasan gua terbesar di Asia Tenggara dan berkemungkinan antara terbesar di dunia. "Merapoh memang terkenal dengan pintu masuk bagi pendaki ke Gunung Tahan melalui Taman Negara Sungai Relau selain laluan yang sinonim bermula di Kuala Tahan, Jerantut. "Jadi, kita akan kaji secara teliti segala tuntutan dan rayuan supaya memulihara kawasan ini bagi tujuan pembangunan pelancongan dan manfaat penduduk," kata beliau. #sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved