06 di sungai lembing - Google Blog Search |
Patung timpa pelawat, Terowong <b>Sungai Lembing</b> ditutup sementara Posted: 03 Jun 2013 03:37 AM PDT KUANTMajlis Perbandaran Kuantan (MPK) mengambil langkah menutup sementara Terowong Sungai Lembing susulan kejadian seorang pelawat cedera akibat ditimpa satu daripada patung yang dipamerkan kelmarin. Menurut jurucakap MPK ketika dihubungi Bernama hari ini, segala urusan berkaitan insiden itu termasuk pampasan insurans kepada mangsa sedang diuruskan. Sementara itu, mangsa Chai Coon Chok, 52, ahli peniagaan dari Kulai, Johor, berkata kejadian berlaku pukul 3 petang ketika dia dan isterinya Peh Beng Teng, 43, serta 22 pengunjung lain baru tiba di terowong itu. "Kami sebelum itu menaiki kereta api mini memasuki terowong berkenaan. Keretapi mini itu berhenti di satu tempat untuk kami melihat pemandangan dan secara tiba-tiba patung yang hanya diikat dengan dawai terjatuh dan terkena pinggang saya menyebabkan saya rebah," katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Pakar Kuantan, di sini hari ini Dia bagaimanapun bersyukur kerana hanya cedera memandangkan patung itu diperbuat daripada simen dengan anggaran berat lebih 30 kilogram dan boleh membunuhnya jika dia tidak sempat mengelak. Terowong itu yang merupakan bekas perlombongan bijih timah, dibuka kepada umum sebagai destinasi pelancongan di Pahang bermula awal tahun ini. Sungai Lembing merupakan kawasan galian bijih timah kedua terbesar di dunia selepas Bolivia. Daerah itu juga muncul daerah terkaya di Pahang ketika lombong berkenaan beroperasi. Lombong itu juga mempunyai kolong antara yang terpanjang dan terdalam di dunia dengan ada di antaranya mencecah 1,400 hingga 2,000 kaki, malah dikatakan terdalam jika dibandingkan dengan lombong bijih timah lain di Asia Tenggara. – Bernama |
You are subscribed to email updates from di sungai lembing - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen