ads

Selasa, 2 Julai 2013

06 di bukit tinggi - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di bukit tinggi - Google Blog Search


Perjalanan Padang Ke <b>Bukittinggi</b> Part 2 – Nasi Padang, Air Mancur <b>...</b>

Posted: 19 Jun 2013 01:46 PM PDT

999541_10151632568603050_437708139_n

MEMANDANGKAN aku hanya akan berada di sini lebih kurang dua hari saja, aku bagitahu tour guide aku, Rahmady agar memaksimumkan tempat yang akan aku singgah

selalunya tiga atau empat hari diperlukan untuk jalan-jalan di sini kerana kawasannya luas dan agak jauh dari satu tempat ke satu tempat

so Rahmady mencadangkan aku agar kami terus ke Bukittinggi sebaik saja tiba di airport, ini kerana tidak banyak 'tourist spot' di Padang berbanding di Bukittinggi dan kawasan-kawasan lain

aku mengangguk tanda setuju

seakan-akan dapat mengagak yang perut aku tengah 'berkeroncong', Rahmady membawa aku singgah di Restoran Lamun Ombak yang menjual nasi padang

8256637438_ddc4ab6663memang besar dan cantik restoran itu, tetapi yang lebih penting makanannya OK

terus terang aku katakan, lauk pauk yang dihidangkan cukup sedap dan menyerakan…dua pinggan aku belasah masa kat restoran ini

oh yea, jangan panik kalau pekerja restoran itu 'melonggokkan' lebih 20 jenis lauk pauk kat korang, biasalah nasi padang memang camtu

nasi-padang

jangan risau, korang hanya perlu bayar lauk yang korang ambil…tak perlu bayar semua yang disajikan di meja itu

selesai makan-makan, kami meneruskan perjalanan ke Bukittinggi

di pertengahan jalan, Rahmady berhenti di sebuah kawasan yang diberi nama Air Mancur Lembah Anai

P1000927

rupanya terdapat sebuah air terjun di kawasan tersebut

P1030561

sangat cantik dan mengasyikkan melihat deruan air terjun setinggi 60 meter yang terletak betul-betul di tepi jalan itu

orang tempatan mendakwa siapa yang basuh muka dengan air terjun itu, pasti wajahnya awet muda

1005574_10151632872943050_360583300_n

aku pun apa lagi, terus membasuh muka…tetapi bukan sebab nak awet muda tetapi untuk menyegarkan wajah aku yang dah letih ini

nanti aku sambung cerita kita lagi yea!

Melihat Dari Mata Hati: Rumah Jepun <b>di Bukit Tinggi</b>

Posted: 28 May 2013 04:51 PM PDT

Orang x pernah ke Jepun kan..jadilah dpt g Bukit Tinggi je..huhu.. Tp mahal giler sewa baju..satu baju sewanya RM20 hengget..hambik kau nak pakai gak kan..satu family rembat.. sudahnya yg laki cam warge tue jepun..kehkeh.. 
Sape nak g BT nie klu jenis pemabuk jalan, siap2 la ekk..berpusing2 jalannya sambil naik bukit. Tiket memula masuk je dah RM12 utk dewasa n kanak2 RM8. Klu ikut aper yg ada kat BT nie mcm2 aktiviti lasak utk yg berminat la..
Saje nak bawak Alif jenjalan..n Alhamdulillah Alif jenis x meragam klu bawa jalan. Ingat nak ke Bandar Eropah tp sedang molek turun dr umah jepun, hujan lebat..malas dah nak g takut Alif demam lak.. Siannya kat mak metue la, dah ler x larat nak jalan..kene lak naik tangga tinggi giler nak ke umah Jepun tu..menggigil la juge lutut. 

Antara gambar2 utk kenangan kami...


Macam tak caye je bile tgk anak2 dah makin membesar.. 

UMMI SAYANGGGGG ANAK2 UMMI. MUAHH!!!

Kecuaian sebabkan kecederaan di Jusco <b>Bukit Tinggi</b> - Harakah Daily

Posted: 26 Jan 2012 10:48 PM PST

Saya ingin membuat komplen terhadap kecuaian keselamatan di kawasan permainan kanak-kanak yang dipanggil Molly Fantasy Wonders Park di dalam JUSCO Bukit Tinggi.

Pada kira-kira 8:00 petang pada 25 Jan 2012, anak saya Adrianna Wong tercedera oleh objek tajam semasa bermain di dalam kawasan permainan tersebut. Semasa dia mengelongsor ke bawah Slide, dia dicederakan oleh skru yang tajam yang menuju keluar daripada permukaan Slide. Skru tajam itu tercucuk ke dalam kaki kirinya menyebabkan luka yang mendalam.



Kesakitan mengejut dan pengalaman ngeri ini menyebabkan satu trauma kepada anak saya sehingga hidungnya berdarah sambil menggigil.

Salah satu penyelia JUSCO dipanggil untuk menghadapi insiden ini, dan dia secara sukarela telah menyerahkan nama dan nombor telefon bimbit kepada saya dalam hal aduan rasmi. 

Dalam kehairanan saya, pengurusan JUSCO sudah mengetahui hal skru tajam ini sebelum insiden kecederaan tersebut berlaku, tetapi masih tidak mengambil apa-apa tindakan!!! Seperti yang ditunjukkan dalam gambar yang pertama, mereka tidak benteng kawasan slaid, mereka tidak mengeluarkan skru tajam tersebut, mereka masih membenarkan kanak-kanak untuk bermain di dalamnya dan walaupun selepas anak perempuan saya cedera, mereka masih membiarkan pelanggan baru masuk!!!

Saya membawa anak perempuan saya untuk berjumpa doktor pada 9:00 pm di poliklinik Kumpulan City. Doktor memberikan anak perempuan saya suntikan anti-tetanus, anti-biotics, parasetamol dan juga meletakkan ubat pada kawasan luka.

Kecuaian tersebut telah menyebabkan bukan sahaja kecederaan fizikal kepada anak saya, tetapi juga trauma psikologi. Sebagai seorang bapa kepada anak saya yang terluka, saya sangat kecewa dengan kecuaian keselamatan JUSCO.

Saya berharap pihak Tuan dapat menyampaikan hal ini supaya pihak JUSCO akan lebih serius dalam isu keselamatan kanak-kanak dan supaya kanak-kanak lain tidak akan mengalami kecederaan semacam itu lagi.

Sekian terima kasih.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved