ads

Rabu, 24 Julai 2013

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search


Janggeltrekker&#39;s Life: Pengalaman Singkat <b>Di Cameron Highlands</b> <b>...</b>

Posted: 21 Jul 2013 06:59 PM PDT

OK dah puas mengeluarkan peluh mendaki Gunung Brinchang dan melawat Mossy Forest, kami pon turun dan singgah di Sungai Palas Tea Plantation, kalau tak kenal nama Sungai Palas ni, kita panggil je ladang Teh Boh... Ha kenal tak? Teh Boh kan femes, kalau tak kenal jugak tak tahu la.Sebenarnya aku baru je dua kali pegi Sungai Palas ni, selalunya mesti singgah Bharat Tea Plantation yang kat tepi-tepi jalan tu. Memandangkan nak masuk ke tempat Teh Boh ni agak ke dalam sikit, so mungkin sebab tu tak selalu singgah kot.
Dah sampai tu, parking kereta (alhamdulillah parking kereta free disediakan) dan terpaksa menapak dalam 300 meter menuju ke pusat sosial dan kilang teh tu. Jenuh jugak la masa menapak tu sebab kena mendaki tangga yang agak tinggi. Sambil-sambil tu dapat la lalu tepi-tepi pokok teh sambil ambik-ambik gambar... suka sangat la si John tu sebab tak pernah bergambar celah-celah pokok teh katanya.
Masa tu dah dekat pukul 10 pagi rasanya... kami pon lepak la kat cafe di lereng bukit. Nak merasa breakfast di tepi ladang teh pulak. Sambil makan scones dan minum teh! Aleh-aleh nasik lemak jugak yang dibelinya! Hahah dasar tekak orang Melayu. Harga kat cafe ni agak mahal yer, sebungkus nasik lemak tu dah dekat 4 ringgit dah, lepas tu beli la ntah apa-apa kek yang ada kat situ, sebab takut lapar dikemudian hari. Di tambah pulak dengan bekalan Kapkek Tansree Coco yang sedap tu, memang rasa macam bersarapan pagi di pinggir gunung Everest! Hahaha over.
Ok cer layan je gambar-gambar yang ada. Nak makan nasik lemak tu jap.
Dah habis makan dan bergambar, kami sakuk sekejap ke dalam kilang pemprosesan teh. Kira ok la, dalam kilang tu dah siap ruangan untuk para pengunjung tengok proses-prosesnya dari memetik teh, memamnggang, mengisar dan sampailah ke bungkusan semua ada sebelum di hantar ke tempat lain. 
The Time Tunnel, Cameron Highlands
Destinasi seterusnya yang kami tuju adalah the Time Tunnel. Ha tempat ni memang aku tak pernah pergi. Kalau tau pon sebab lalu lalang depan tempat ni je tanpa singgah. So kami ambil keputusan untuk singgah di Time Tunnel ni untuk tengok apa yang ada dalam ni. Sebenarnya Time Tunnel ni merupakan sebuah muzium yang menghimpunkan barang-barang lama sejak dari zaman sebelum merdeka sampai la ke zaman selepas merdeka. Senang je nak pergi tempat ni, kalau lalu lalang dari Tanah Rata ke Brinchang tu, boleh je nampak kat tepi jalan. 
Harga tiket masuk adalah RM 5 seorang, tak mahal mana pun. Dan pengembaraan masa pun bermula la. Masuk-masuk je aku dah kagum sebab tengok barang-barang antik kat dalam tu. Memamng banyak nostalgia la kat dalam tu, korang boleh tengok barang-barang yang korang main masa kecik-kecik dulu.... tin-tin biskut yang dah wujud pon ada, sejarah ubat gigi Darkie kepada Darlie, semua ada lah... peralatan alat tulis masa sekolah rendah dulu pon ada.. pendek kata memang sangat mengimbau sejarah dedulu. Aku suka gila dengan tempat ni. Kalau tak percaya, korang singgah la kat Time Tunnel ni kalau ke Cameron Highlands, tak rugi pon.
Lepas habis pusing-pusing dalam Time Tunnel tu, kami pon bergerak balik ke Kuala Lumpur. Sebab tu namanya lawatan ni lawatan singkat je, sekadar nak amek pengalaman berada di Cameron Highlands. Lagipon nak merasa udara sejuk kat negara sendiri kan, walaupun Cameron Highlands tu dah tak berapa nak sejuk. 
Ok la, habis dah entry Cameron Highlands ni. 

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved