ads

Rabu, 31 Julai 2013

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search


Penerokaan haram <b>di Cameron Highlands</b> jejas pelancongan ABN <b>...</b>

Posted: 10 Jul 2013 11:49 PM PDT

KUALA LUMPUR – Kegiatan penerokaan tanah secara haram di Cameron Highlands turut menjejaskan industri pelancongan di kawasan tanah tinggi itu selain memberi kesan buruk kepada alam sekitar.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel berkata, kemerosotan kehadiran pelancong melibatkan pelawat tempatan dan juga dari negara luar seperti Singapura, Korea Selatan, Taiwan dan Jepun.

"Penerokaan tanah secara haram ini menjadi masalah besar kepada penduduk Cameron Highlands.. oleh sebab itu saya mahu mewujudkan peranan NGO (badan bukan kerajaan) untuk bantu mengawal keadaan di kawasan itu.

"Oleh kerana hasil pertanian Cameron Highlands menyumbang lebih RM2 bilion kepada eksport negara, saya akan berbincang bersama rakan alam sekitar dan petani bagaimana masalah itu dapat diatasi kerana jika keuntungan terjejas, negara juga yang akan menghadapi masalah," katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Khoo Soo Seang (BN-Tebrau) pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Menurut Palanivel, setiap petani yang meneroka tanah secara haram "merampas" tanah kerajaan negeri membabitkan keluasan antara 0.8 dan 1.6 hektar walaupun kerajaan Pahang sudah meluluskan 5,705.17 hektar tanah dengan status lesen menduduki sementara (TOL) untuk aktiviti berkenaan.

Menjawab soalan tambahan M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) mengenai suhu tinggi di Cameron Highlands, Palanivel berkata, perkara itu turut disumbangkan oleh fenomena global selain aktiviti penerokaan hutan secara haram.

Katanya, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) mempunyai perancangan untuk menanam semula pokok bagi memulihkan suhu di kawasan itu.

Selain itu, Palanivel berkata kementeriannya mengenal pasti empat isu utama berkaitan alam sekitar di situ, iaitu hakisan tanah akibat aktiviti penerokaan untuk pertanian yang dikesan berleluasa, masalah kelodak dan pemendapan sungai, pencemaran kualiti air sungai disebabkan sisa aktiviti pertanian serta banjir kilat dan banjir lumpur.

Beliau berkata, beberapa jabatan di bawah kementeriannya termasuk Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia sedang dan akan menjalankan usaha ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di Cameron Higlands.

Katanya, dalam usaha melebarkan sungai untuk meningkatkan kapasiti air sungai serta menampung air ketika hujan, JPS akan melaksanakan lapan projek kecil bernilai RM1.3 juta tahun ini dan tiga projek kecil bernilai RM1.2 juta tahun depan untuk menangani banjir kilat. – Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved