ads

Selasa, 16 Julai 2013

06 di chenor - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di chenor - Google Blog Search


Kerajaan Negeri, PAIP <b>Di</b> Minta Naik Taraf Loji <b>Chenor</b>

Posted: 02 Jul 2013 12:00 AM PDT

CHENOR - Kerajaan negeri dan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) diminta menaik taraf Loji Air Chenor kepada kapasiti lebih besar bagi menampung keperluan penduduk terutama di gugusan Pekan Awah. ADUN Chenor, Mohd Ariffin Awang Ismail berkata, keperluan itu semakin mendesak apabila terdapat beberapa taman perumahan baru dibina dalam kawasan berkenaan. Menurutnya, loji air terbabit kini tidak lagi dapat menampung keperluan penduduk dan situasi itu menjejaskan aktiviti harian terutama ketika musim perayaan. "Kawasan Chenor dan sekitar Pekan Awah sering mengalami gangguan bekalan air dan saya difahamkan bahawa pihak bertanggungjawab sedia maklum mengenai kesulitan ini. "Walaupun ada usaha dilakukan untuk mengatasi masalah itu, namun gangguan bekalan air tetap berlaku berikutan kewujudan beberapa taman perumahan baru. Malah ada yang masih dalam proses pembinaan, maka jika loji air ini tidak dinaik taraf dalam masa terdekat, dikhuatiri gangguan akan lebih kerap berlaku," katanya. Mohd Ariffin berkata, cadangan membina sebuah loji baru di Bukit Bedong juga diyakini mampu atasi masalah bekalan air. Beliau berkata, penduduk di sekitar jalan utama Temerloh-Maran dapat bekalan air dari Loji Air Simpang Jengka yang juga merupakan loji utama bekal air bersih ke kawasan bandar Maran. "Jadi kerja naik taraf Loji Air Chenor dan pembinaan loji baru di Bukit Bedong perlu disegerakan supaya penduduk dapat bekalan air secukupnya," katanya. #sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved