ads

Khamis, 18 Julai 2013

06 di jengka - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di jengka - Google Blog Search


<b>Jengka</b>: Peniaga Perabot <b>Di</b> Ancam Bahaya Setiap Hari

Posted: 13 Jul 2013 04:14 AM PDT

JENGKA - Seorang peniaga perabot yang berniaga di tepi jalan utama bandar ini menuju ke Felda Jengka 11 terpaksa berdepan ancaman bahaya setiap hari sejak memulakan operasi perniagaannya di situ dua tahun lalu. Mohd Kamal Abdullah, 58, berkata, dia khuatir kenderaan yang keluar dari simpang Felda Jengka 10 di hadapan kedainya akan melanggar premisnya sekiranya terbabas. "Kedai ini sudah dua tahun berada di sini. Selama dua tahun ini juga saya lihat sudah banyak kemalangan berlaku di sini. "Terbaru semalam ada seorang perempuan memandu kereta nyaris dilanggar kerana hendak masuk simpang ke kedai saya," katanya. Mohd Kamal berkata, kebanyakan kenderaan yang lalu-lalang di hadapan kedainya dipandu laju, selain jalan terbabit juga merupakan laluan utama lori bijih dan lori balak. Katanya, dengan keadaan jalan yang tidak berlampu dan sempit, tidak mustahil boleh berlaku kemalangan. "Saya bimbang jika perkara ini berlaku dan berharap pihak berwajib mengambil tindakan segera kerana perkara ini tidak hanya melibatkan saya sebagai peniaga di sini, malah juga masyarakat sekitar dan pengguna jalan raya," katanya. Sehubungan itu, Mohd Kamal mencadangkan supaya pihak berkenaan meletakkan lebih banyak lampu jalan di simpang masuk ke Felda Jengka 10. "Kedai saya ini betul-betul depan simpang, saya bimbang keadaan jalan yang gelap, kemungkinan ada kereta yang terbabas dan terus menuju ke kedai saya. "Selain lampu jalan, saya juga minta buat garisan kuning di kedua arah jalan sebelum memasuki simpang. Sekurang-kurangnya pemandu akan memperlahankan kereta mereka setiap kali melalui kawasan ini," katanya.#sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved