ads

Selasa, 16 Julai 2013

06 di jerantut - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di jerantut - Google Blog Search


Kes Samun <b>Di Jerantut</b>, Polis Sedang Mencari Noor Ariff

Posted: 02 Jul 2013 12:00 AM PDT

JERANTUT - Polis mencari seorang lelaki bernama Noor Ariff Irman Hamzah, 36, bagi membantu siasatan beberapa kes samun sejak April lalu melibatkan beberapa kampung di Jalan Temin-Temerloh. Ketua Polis Daerah, Superintendan Azid Ismail berkata, alamat terakhir Noor Ariff Irman ialah di No.23, Lorong 8, Taman Pelangi, Jerantut. Menurutnya, pihaknya menerima banyak laporan berkenaan kes samun di beberapa kampung seperti Kampung Tebing Tinggi dan Kampung Bukit Dinding. "Orang ramai yang mengenali lelaki itu atau terjumpanya di minta segera menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut di talian 09-266 2222," katanya. Dalam kes berlainan, seorang lelaki berusia 24 tahun dijatuhkan hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan di Mahkamah Seksyen Temerloh kerana kesalahan meragut seorang wanita. Selain itu, lelaki itu juga dikenakan enam bulan penjara kerana kesalahan dadah dan enam bulan kerana didapati bersalah mencuri duit ahli keluarganya. Pada 19 Mei lalu kira-kira jam 4.30 petang, lelaki itu meragut beg tangan seorang wanita berusia 52 tahun yang sedang menunggang motosikal dan melarikan RM400, seutas rantai emas dan beberapa dokumen penting. Lelaki itu berjaya ditahan pada 15 Jun lalu dan dijatuhkan hukuman pada 26 Jun. #sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved