Selasa, 23 Julai 2013

06 di maran - Google Blog Search

06 di maran - Google Blog Search


Panas: Isu Pencerobohan Tanah <b>Di Maran</b>, Penduduk Dakwa Dato

Posted: 01 Apr 2013 01:37 PM PDT

MARAN, 2 April - Beberapa orang penduduk Felda Kenanga Jengka 7 dekat sini semalam menafikan dakwaan tentang penglibatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran, Dato' Rosni Zahari (foto) dengan kes penderobohan tanah seperti yang didedahkan oleh PDO pada 27 Februari lalu. Artikel PDO bertajuk Panas: 'Exco Wanita UMNO Pusat' Di Percayai Dalang Kes Ceroboh Tanah Secara Haram Di Maran Pahang ketika itu membongkarkan tentang satu skandal pencerobohan tanah secara haram berhampiran hutan Bukit Chempedak dan Hutan Simpan Jengka di daerah ini. Mereka mendakwa, tidak mungkin pemimpin yang selama ini berjuang dalam UMNO dari bawah dan memahami setiap masalah rakyat di kawasan ini boleh berbuat demikian. "Saya rasa ada pihak yang cuba menfitnah Dato' Rosni bagi tujuan menghalang kerjaya politik beliau yang kini semakin memuncak. Tambahan pula menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 yang kian hampir sekarang ini. Saya tidak yakin Rosni sanggup berbuat demikian kerana dia tahu undang-undang dan merupakan seorang peguam syarie yang terkenal di kawasan ini malah di Pahang khasnya. Masakan dia tergamak melakukan perbuatan demikian dikala rakyat mula melihat setiap gerak geri pemimpin UMNO sekarang ini", kata seorang penduduk terbabit. Kerjaya politik Rosni dilihat semakin meningkat naik apabila beliau berjaya meraih undi tertinggi ketika bertanding pada pemilihan pucuk tertinggi Pergerakan Wanita UMNO beberapa tahun yang lalu. Malah, undi yang diperolehi lebih tinggi dari seorang lagi calon popular dari Pahang iaitu Datuk Maznah Mazlan. Beliau kemudian dilantik menjadi Exco Wanita UMNO Pusat dibawah Datuk Seri Sharizat Abd Jalil. Malah, dia juga telah dilantik menjadi Ketua Wanita UMNO Pahang sekarang. Akibat kejayaan demi kejayaan yang diraihnya kini maka ada pihak yang cuba memburukkan nama baik beliau agar karier politiknya tercalar.  Sementara itu seorang lagi penduduk mendakwa, Rosni amat disenangi oleh masyarakat di sini (Maran). "Dia lebih dekat dihati rakyat dan sering terlibat dalam berbagai program yang berkaitan rakyat di kawasan ini. Dia juga amat disenangi oleh rakyat akibat sikap mesra dan keprihatinannya dalam membela isu-isu rakyat selama ini", katanya.  Rosni merupakan Ketua Wanita UMNO yang paling muda memegang jawatan itu diperingkat bahagian. Dia menang jawatan itu di Bahagian Maran pada usia 27 tahun. Kemungkinan besar akibat cemburu dan iri hati dengan kejayaan yang dikecapi, maka akhirnya berbagai tohmahan liar dilontarkan kepada pemimpin terbabit. Sementara itu  Rosni yang sempat dihubungi oleh krew PDO baru-baru ini  berkata dia amatlah berharap isu-isu berkenaan tidak perlu diperbesarkan lagi.
"Saya pasrah dengan apa yang berlaku.. orang boleh membuat tuduhan liar dengan mengaitkan nama saya tanpa bukti-bukti kukuh. Mereka sanggup lakukan apa saja untuk memastikan masa depan politik saya terkubur. Apapun saya bersyukur atas kepercayaan rakyat terhadapa apa yang diperjuangkan oleh saya selama ini. Mereka lebih tahu dan kenal siapa saya daripada pihak lain yang gemar menabur fitnah untuk kepentingan politik masing-masing", katanya. Malah beliau juga yakin, pasti selepas ini akan ada berbagai dakwaan yang mengaitkan beliau dengan isu-isu panas menjelang pilihanraya umum ini. "Saya berharap isu-isu seperti ini tidak dapat menghilangkan fokus saya untuk memastikan Wanita UMNO Pahang terus mantap dan bertenaga dalam memastikan BN terus mempertahankan negeri ini pada pilihanraya umum akan datang. Soal saya menjadi calon atau tidak itu terserah kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan parti.. apa yang penting saya terus istiqamah dalam menjalankan segala kerja-kerja parti untuk memastikan kebajikan buat rakyat keseluruhannya", tambahnya lagi.
[Apa yang berlaku kepada pemimpin UMNO ini adalah satu permainan politik licik menjelang Pilihanraya Umum akan datang. Jika sebelum ini kita melihat serangan dilakukan terhadap pemimpin pembangkang, kini sesama dalaman parti juga ia sudah menular. Apapun, pendedahan yang dibuat jika disertakan dengan dokumen yang berkaitan kemungkinan besar akan meyakinkan rakyat sebenarnya. Walau bagaimana pun ia diharap bukanlah sesuatu yang berkekalan, kerana politik seperti ini akhirnya akan menikam diri pihak yang lain jika ia tidak berlandaskan kebenaran. Pahang Daily Online (PDO) berhak menyiar apa jua artikel dan pendedahan yang dihantar kepada pihak kami. Dalam masa yang sama jika ada pihak yang tidak berpuas hati dengan pendedahan yang dilakukan mereka bolehlah mengemukan hujjah masing-masing untuk mempertahankan diri. Namun, apa yang dilihat sebelum ini tidak ramai yang berbuat demikian. Justeru apa yang berlaku kepada pemimpin seperti Dato' Rosni Zahari ini harus dijadikan ikhtibar dan pengajaran. Mungkin selepas ini nanti, ramai lagi pemimpin baik UMNO BN atau pun pembangkang yang akan menajdi mangsa. Oleh itu, bersediakan berhadapan dengan politik seperti ini. Jika tidak tahan dengan serangan siber maka kelak anda sendiri yang tewas akhirnya. Selamat berjuang !!].

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads