ads

Rabu, 3 Julai 2013

06 di mentakab - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di mentakab - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di mentakab</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Jun 2013 03:14 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

DAP yakin sumbang Raub ke Putrajaya, <b>Mentakab</b> ke <b>...</b> - Roket Kini

Posted: 09 Apr 2013 02:56 AM PDT

BENTONG, 9 APR: DAP Negeri Pahang yakin Pakatan Rakyat (PR) akan memenangi majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di negeri itu yang turut ditandingi PAS dan PKR.

Ini termasuk Parlimen Raub dan DUN Mentakab yang menjadi perbualan hangat apabila dua calon Melayu mewakili DAP untuk menewaskan calon Barisan Nasional (BN) di kawasan berkenaan.

Setiausaha DAP Negeri Pahang, Choong Siew Onn berkata, tidak timbul sebarang kekeliruan akibat pertukaran kawasan membabitkan Timbalan Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji yang bertanding di DUN Mentakab dan Datuk Mohd Ariff Sabri di Parlimen Raub.

"Kami sebulat suara bersetuju dengan keputusan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan memberi sokongan penuh kepada calon Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri.

"Kami telah mengambil perhatian dan makluman atas semua pandangan membabitkan pertukaran Tengku Zulpuri ke Mentakab dan kini seluruh cawangan dan bilik gerakan DAP di seluruh negeri sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13," kata beliau dalam satu kenyataan.

Menurut Tengku Zulpuri Shah pula, keputusan parti meletakkan beliau sebagai calon DUN Mentakab sudah dikaji dengan teliti dan beliau tidak mempunyai sebarang masalah bertanding di kawasan itu.

"Saya menerima sambutan baik di Mentakab. Kami akan berusaha memenangkan kedua-dua kawasan iaitu Raub dan Mentakab serta semua kawasan yang PR tandingi. Tidak ada sebarang masalah yang timbul," jelas beliau.

Pada PRU 2008 lalu, Parlimen Raub dimenangi Datuk Seri Ng Yen Yen mewakili MCA dengan majoriti 2,752 undi menewaskan Penasihat DAP Pahang, Abu Bakar Lebai Sudin yang mendapat 15,328 undi.

Bagi DUN Mentakab pula, calon MCA, Chuah Boon Seong menewaskan calon DAP, Ng Kwi Ling dan calon bebas Mohd Hokri Mahmood dengan majoriti 6,321 undi.

Pada PRU-13 nanti bakal menyaksikan persaingan sengit di Pahang kerana banyak isu membabitkan ancaman bahan kimia dan radioaktif ke atas rakyat negeri itu tidak dapat diselesaikan kerajaan BN.

Tengku Zulpuri dalam temubal bersama Roketkini.com sebelum ini berkata, rakyat Pahang semakin mesra dengan DAP terutamanya bagi masyarakat Melayu termasuk kakitangan kerajaan.

Ini kerana usaha keras DAP memerangi persepsi negatif masyarakat itu terhadap parti selain rekod pentadbiran negeri yang diperintah PR yang membanggakan. – Roketkini.com

Roketkini.com >> PRU13: Ahli UMNO sokong calon DAP <b>Mentakab</b> <b>...</b>

Posted: 17 Apr 2013 10:58 PM PDT

MENTAKAB, 18 APRIL: Pencalonan Timbalan Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji sebagai calon DAP bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mentakab, Pahang disambut hangat pengundi kawasan berkenaan.

Selain sokongan masyarakat Cina di kawasan bandar, beliau turut menerima sokongan baik pengundi Melayu yang tinggal di kampung.

Menarik perhatian, Tengku Zulpuri mendedahkan bahawa beliau terkejut apabila mendapati pencalonannya di Mentakab turut mendapat sokongan orang kuat UMNO tempatan yang meluahkan sokongan mereka.

"Ada yang hubungi saya, ada yang kita jumpa. Bukan sahaja ahli UMNO biasa yang menyatakan sokongan tapi juga ada jawatan dalam JKKK. Cuma mereka tidak boleh tunjukkan sokongan secara terbuka. Kita pun faham perkara itu," ujar beliau.

Menurutnya, suasana Pilihan Raya Umum ke-13 ini jauh berbeza dengan pilihan raya umum sebelum ini apabila kehadirannya dalam sesi ramah mesra dan program yang diadakan mendapat sambutan menggalakkan.

"Kita sudah nampak, orang Mentakab memang mahu perubahan. Bila kami melawat pasar pagi dan bertemu peniaga, orang Melayu cukup gembira bila kita datang," ujarnya.

Ditanya mengenai masalah utama kawasan itu, Tengku Zulpuri menjelaskan bahawa beliau sering menerima aduan mengenai masalah bekalan air yang melanda selain isu membabitkan kebersihan dan penyelenggaraan.

"Kita tidak salahkan pihak majlis, BN dulu pernah janji nak atasi masalah ini tapi mereka tidak tunaikan janji," katanya.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, calon MCA-BN, Chuah Boon Seong memenangi kawasan Dewan undangan Negeri Mentakab dengan majporiti 2,439 undi menewaskan calon DAP, Ng Kwi Ling yang mendapat 3,882 undi dan calon bebas Mohd Hokri Mahmood memperoleh 863 undi. – Roketkini.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved