ads

Ahad, 7 Julai 2013

06 di paloh hinai - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di paloh hinai - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di paloh hinai</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Jul 2013 03:11 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Lelaki Kejar Pencuri 53 Kilometer - Malaysian Digest

Posted: 29 Jun 2013 08:55 PM PDT

Zaidi menerima sijil penghargaan daripada Johari kerana kejayaannya membantu polis menyelesaikan beberapa kes jenayah. Pic: Sinar HarianZaidi menerima sijil penghargaan daripada Johari kerana kejayaannya membantu polis menyelesaikan beberapa kes jenayah. Pic: Sinar HarianROMPIN: Tindakan berani seorang lelaki membantu mengejar kereta milik kawannya yang dicuri menyebabkan pencuri terbabit berjaya ditahan polis di Paloh Hinai.

Kontraktor, Zaidi Mat Isa, 37, berkata, secara kebetulan dia melihat kereta kawannya sedang memecut laju dipandu individu tidak dikenali.

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam semasa dia melalui lebuh raya Muadzam, seorang rakan menghubunginya meminta bantuan kerana keretanya dicuri.

"Kebetulan waktu itu saya berselisih dengan kereta kawan saya itu dan terus kejar serta hubungi balai polis terdekat," katanya ketika ditemui selepas upacara penyampaian sijil penghargaan yang diserahkan Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya.

Zaidi yang juga anggota Rela berkata, kereta tersebut dikejar hingga ke Paloh Hinai dengan jarak lebih kurang 53 kilometer.

"Kereta kawan saya memang hendak dijual dan telah diiklankan dalam internet, dua pencuri itu datang pura-pura hendak beli dan mereka minta untuk pandu uji kereta, tapi selepas itu terus pecut lari.

"Masa itu saya sudah tidak fikir apa-apa lagi, saya hanya hendak bantu dapatkan kereta kawan dan pencuri itu mesti ditangkap polis," katanya.

Menurutnya, sebelum ini dia juga pernah membantu polis menyelesaikan kes rompakan yang berlaku di sekitar Muadzam Shah.

"Waktu itu saya hanya bantu polis pinjamkan kereta pacuan empat roda saya kerana ketika itu mereka tiada kenderaan sebegitu.

"Saya sangat terharu dan tidak sangka usaha membantu polis diberi penghargaan sebegini," katanya.

Dalam pada itu, Zaidi menyarankan orang ramai supaya tampil bekerjasama dengan polis untuk membanteras jenayah.

"Kepada masyarakat di luar sana, marilah sama-sama kita banteras jenayah kerana jenayah itu ada di mana-mana dan tidak mengira masa serta bangsa," katanya.

- Muhayudin Salleh/ Sinar Harian

http://www.sinarharian.com.my/kejar-pencuri-53-kilometer-1.177208

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved