ads

Rabu, 3 Julai 2013

di negeri pahang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri pahang - Google Blog Search


Pakatan mahu kerjasama bantu hapus hutang <b>negeri Pahang</b>

Posted: 28 Jun 2013 02:33 AM PDT

KUANTAN, 28 JUN: Pakatan Rakyat (PR) Pahang mahu hutang kerajaan negeri yang diperintah Barisan Nasional (BN) selama ini turun sebanyak 30 peratus dalam tempoh lima tahun berikutan peningkatan hutang negeri yang semakin kritikal sehingga mencecah RM2.8 bilion.

Justeru, bakal Ketua Pembangkang DUN Pahang, Tengku Zulpuri Shah menawarkan agar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PR turut terlibat bekerja bersama EXCO dalam portfolio masing-masing demi mengimbangi keputusan dan pandangan dalam isu berkait.

"Tidak ada sebab kerajaan BN negeri gagal mencapai sasaran bayaran balik hutang sebanyak 30 peratus memandangkan negeri Pahang merupakan sebuah negeri yang luas dan kaya dengan pelbagai hasil bumi," katanya kepada Roketkini.com.

Ditanya jika kerajaan BN menolak tawan itu, Tengku Zulpuri yang juga ADUN DAP Mentakab berkata PR akan tetap berkhidmat seperti biasa kepada rakyat serta meneruskan agenda memperkasakan rakyat dan membongkar semua penyelewengan dan ketirisan yang dilakukan BN.

"Apa yang kita perlukan ialah sebuah pentadbiran, pengurusan yang profesional, tidak tiris dan berintegriti," ujar beliau.

Menurut beliau, kerajaan BN Pahang tidak perlu berdolak-dalik dengan pelbagai alasan dalam usaha menurunkan hutangnya memandangkan negeri Pahang mempunyai keluasan 52 kali ganda dari Singapura.

"Kita juga berasa hairan, Malaysia juga tidak mampu menyaingi singapura yang tersenarai dalam 10 negara terkaya di dunia," katanya.

Dalam satu laporan media sebelum ini Tengku Zulpuri Shah juga berkata PR Pahang menjanjikan suasana politik baru ke arah lebih profesional dan mengutamakan kemaslahatan rakyat terbanyak.

Pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu, PR berjaya merampas dan mempertahan 12 kerusi DUN iaitu  Tanah Rata, Bilut, Ketari, Sabai, Tras, Triang, Mentakab, Tanjong Lumpur, Kuala Semantan, Beserah, Semambu dan Teruntum.

Tengku Zulpuri berjaya menewaskan penyandang Datuk Chua Boon Seong mewakili MCA di Mentakab dengan majoriti 1,544 undi.

Sidang DUN Pahang bagi penggal ke-13 akan bermula pada 1 Julai ini dengan majlis angkat sumpah semua ADUN.-Roketkini.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved