ads

Sabtu, 24 Ogos 2013

06 di bentong - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di bentong - Google Blog Search


DAP yakin kubu kuat MCA <b>di Bentong</b> boleh ditawan | roketkini.com

Posted: 14 Apr 2013 11:06 PM PDT

BENTONG, 15 APRIL: Pengerusi DAP negeri Pahang, Leong Ngah Ngah berkata, jika calon DAP kawasan Parlimen Bentong dan Pengerusi NGO Himpunan Hijau, Wong Tack memenangi kubu kuat MCA pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini, bermakna MCA bakal jadi 'parti sifar'.

Katanya, Bentong adalah kubu MCA terkuat di seluruh Malaysia dan pada pilihan raya umum (PRU) sebelum ini, MCA tidak pernah kalah di kawasan itu dan jika Wong Tack menang bermakna ia mencipta sejarah baru.

Leong adalah penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Triang yang dimenangi selama lima penggal berturut-turut dan pada.PRU-13 ini beliau beralih kawasan dan bakal menjadi calon DAP untuk DUN Ketari yang terletak dalam kawasan Parlimen Bentong.

Dalam temubualnya bersama krew The Rocket, beliau berkata suasana politik di Bentong juga semakin 'panas' menjelang hari mengundi.

"Warga Bentong juga mula menunjukkan respon yang baik terhadap kami (calon PR di Bentong). Sejak DAP, PAS dan PKR bergabung menjadi Pakatan Rakyat, kekuatan partii kami juga bertambah. Keyakinan rakyat terhadap PR juga bertambah," katanya.

Menurutnya, penyokong DAP yang mengundi DAP akan mengundi PAS dan PKR; begitu juga penyokong PAS dan PKR akan mengundi DAP.

Beliau berkata, ini kerana kami tidak lagi bertanding secara bebas dan berasingan. Mereka yang mengundi PR di peringkat Parlimen juga akan mengundi PR di peringkat DUN.

Mengenai keadaan politik di kawasan Parlimen Raub, Leong berpendapat peluang PR menang di kawasan itu adalah cerah kerana ketika ini, ramai pengundi di Raub sudah tidak sabar untuk mengundi PR kerana mereka marahkan BN.

"Kami harap pada PRU-13 nanti, PR akan menang enam hingga tujuh kerusi Parlimen di Pahang, antaranya kerusi Parlimen yang disebut Leong sebagai berpotensi menang adalah Kuantan, Indera Mahkota, Raub, Temerloh, Bera, Jerantut dan Bentong.

Ditanya mengenai strategi PR menarik pengundi Melayu bandar, beliau berkata, PR sudah lama berusaha mendampingi mereka.

"Sejak 14 tahun lalu, DAP dan PAS Pahang, ketika bernaung di bawah gagasan Barisan Alternatif sudah berusaha untuk masuk dan berkempen bersama di kawasan penduduk Melayu. Hubungan DAP dengan PAS ibarat aur dengan tebing. Malah ramai orang Melayu di Pahang tahu kedua-dua parti itu mempunyai hubungan yang erat bagaikan saudara," katanya

Manakala mengenai pertarungan di Bentong, beliau menggangarkan Bentong mempunyai lebih daripada 20 peratus pengundi yang kini menetap di tempat lain dan berharap mereka akan pulang pada 5 Mei ini untuk mengundi.

"Kami berpeluang cerah untuk ubah kerajaan, saya menyeru semua warga Bentong supaya kembali mengundi. Kami perlukan undi anda. Jom balik dan ubahkan Bentong dan Malaysia," tambahnya.-Roketkini.com

Wanita maut, dua parah nahas <b>di Bentong</b> – Perak Today

Posted: 29 Jul 2013 07:31 PM PDT

gambar hiasan:-

gambar hiasan:-

KUANTAN – Seorang wanita maut manakala kakaknya dan seorang lelaki parah, selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabit dalam nahas jalan raya di Km4.6 Jalan Bentong-Karak dekat Bentong semalam.

Sariza Abu Samah, 46, penumpang hadapan kereta itu, mati di tempat kejadian akibat cedera teruk di kepala dan badan, manakala kakaknya pemandu kenderaan itu, Sahridah Abu Samah, 53, seorang guru, cedera parah dan anak Sariza, Muhammad Danish Ilman Saperi, 14, cedera ringan.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, pemandu trak pikap Mitsubishi Storm, S. Nanthakumaran, 36, turut cedera parah.

"Dalam nahas 1 pagi semalam, mangsa dalam perjalanan dari Karak menuju ke Bentong. Sampai di tempat kejadian, dipercayai kereta yang dinaiki mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan termasuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan trak pikap itu," katanya di sini, Isnin.

Sementara itu, dalam nahas berasingan, seorang warga emas lelaki, Neo Ah Kok, 79, maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di Jalan Triang-Bahau dekat Pekan Mengkuang, Bera.

Dalam kejadian 7.38 malam tadi, mangsa yang menunggang sendirian secara tiba-tiba terbabas dan jatuh di atas jalan raya.

Mangsa disahkan mati pukul 8.15 malam ketika dirawat di Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh. -

- Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved