ads

Sabtu, 3 Ogos 2013

06 di bentong - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di bentong - Google Blog Search


Wanita maut, dua parah nahas <b>di Bentong</b> ABN News | BM

Posted: 29 Jul 2013 07:27 AM PDT

KUANTAN – Seorang wanita maut manakala kakaknya dan seorang lelaki parah, selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabit dalam nahas jalan raya di Km4.6 Jalan Bentong-Karak dekat Bentong semalam.

Sariza Abu Samah, 46, penumpang hadapan kereta itu, mati di tempat kejadian akibat cedera teruk di kepala dan badan, manakala kakaknya pemandu kenderaan itu, Sahridah Abu Samah, 53, seorang guru, cedera parah dan anak Sariza, Muhammad Danish Ilman Saperi, 14, cedera ringan.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Supritendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, pemandu trak pikap Mitsubishi Storm, S. Nanthakumaran, 36, turut cedera parah.

"Dalam nahas 1 pagi semalam, mangsa dalam perjalanan dari Karak menuju ke Bentong. Sampai di tempat kejadian, dipercayai kereta yang dinaiki mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan termasuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengantrak pikap itu," katanya di sini hari ini.

Sementara itu dalam nahas berasingan, seorang warga emas lelaki, Neo Ah Kok, 79, maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di Jalan Triang-Bahau dekat Pekan Mengkuang, Bera.

Dalam kejadian 7.38 malam tadi, mangsa yang menunggang sendirian secara tiba-tiba terbabas dan jatuh di atas jalan raya.

Mangsa disahkan mati pukul 8.15 malam ketika dirawat di Hospital Sultan  Ahmad Shah Temerloh. – Bernama

Jenayah: "Rambo <b>Bentong</b>" <b>Di</b> Tuduh Rogol Dan Bunuh

Posted: 30 Jul 2013 06:55 PM PDT

TEMERLOH - Lelaki bergelar 'Rambo Bentong' yang sedang menjalani hukuman penjara 133 tahun kerana kesalahan merogol, seks luar tabii serta cubaan membunuh seorang anggota polis Februari lalu, dihadapkan ke Mahkamah Tinggi di sini semalam, atas tuduhan membunuh dan merogol seorang remaja perempuan empat tahun lalu. Rabidin Satir, 42, dari Kampung Libang Ulu, Tambunan, Sabah didakwa membunuh Annie Kok Yin Cheng, 17, di Lot 4168 Kampung Ketari Bentong, Bentong antara jam 11.30 malam 7 Mac 2009 hingga 1.50 pagi 8 Mac 2009. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati. Dia turut dituduh merogol mangsa sehingga menyebabkan kematiannya di tempat dan masa yang sama dan didakwa mengikut Seksyen 376(4) yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara sehingga 30 tahun dan sebatan. Rabidin memahami kedua-dua pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah dalam bahasa Dusun di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah. Azman kemudian tetapkan 26 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula. Tinggal di hutan Rabidin diwakili peguam Richard Bong Chong Fook manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mustaffa. Tertuduh digelar 'Rambo Bentong' kerana tinggal di hutan di daerah itu dan menggunakan pisau Rambo bagi mengugut mangsanya. #sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved