ads

Ahad, 18 Ogos 2013

06 di bukit ibam - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di bukit ibam - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di bukit ibam</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Aug 2013 07:03 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di bukit ibam</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Aug 2013 07:02 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

TASIK BIRU IBAM: TDK- Macam tasik biru <b>di Bukit Ibam</b> " indah <b>...</b>

Posted: 14 Jun 2009 10:22 AM PDT

Macam-macam cerita Bah tengok di surat khabar hari ni, terasa juga hendak tulis beberapa isu, tapi Bah dah janji hendak cerita pasal TDK selepas DARA, Bah tunaikan janji juga, malam ini saja ada masa, malam esok kena kerja pula. (hai nampaknya kerja untuk orang rumah kena waktu siang aje nampaknya…."buleh nampak abis ajis" cakap orang Kg Mikang)

Semasa DARA diheboh-hebohkan hendak ditutup oleh Anuar Musa, Menteri Pembangunan Luar Bandar masa tu (sekarang padan muka, tak jadi Menteri lagi, sumpah lagi orang-orang Pahang…… kalau kat Kg Mikang kata "jaga awok ajis, saya sumpah ajis (AJIS TU MAKNANYA AWAK) dihempap punggur"), orang-orang seluruh Rompin kluar membantah, yang paling teruk kena jumpa Dato' Hasan lah, Bah Cuma menumpang mencanguk saja, Bah ikut orang kuat bersuara masa itu Zamri, orang Ibam gelar "hantu raya", jadi Tok Empat Ibam, sekarang ni dengar kata, tidak dah……..

Bantah punya bantah, tetap juga DARA kena tutup, rupa-rupanya Dato' JJ yang ambil atas nama TDK, hendak buat macam mana, kerajaan sudah buat kata putus. Pekerja-pekerja DARA, ada yang pencen awal masuk TDK, ada yang pencen terus, termasuklah Bah, sekarang makan duit pencen, sikit-sikit tambah duit kerja JAGA.

Bermula dari situ, Dato' JJ menampakkan hidup mewah bersma kuncu-kuncu dia, yang paling berlagak Hambali, Jalud, Haji Mokhtar dan ramai lagi lah termasuk orang-orang dari felda. Lepas itu, Bah dengan Haji Mokhtar kena buang lagi Dato' JJ. Bermulalah empayar Dato' JJ dan kuncu-kuncunya di Rompin.

Bah juga pada mulanya yakin, TDK akan lebih baik untuk membangunkan kawasan DARA yang telah tersedia ada atau yang akan dilaksanakan pembangunan andar-bandar yang di rancang oleh DARA macam, Bandar Ibam, Kota Bahagia, Melati, Kota Shahbandar, Bandar Tun Razak, Kota Perdana, Perantau Damai, Cenderawasih, Chanis dan Perwira Jaya.

Hampas rupa-rupanya, sesetengah Bandar tadi, ada yang jadi Bandar hantu, tempat jin bertendang. Itu cerita pasal Bandar, dengan masyarakat pulok, JJ bela orang-orang dia saja, ialah mana orang-orang yang macam "hantu raya", lebih telor bagi, mengekorlah ke JJ siang malam, kurang telor nanti, buat-buat mengamuk.

Dato' Hasan ada juga membela hantu raya, Dato' Hasan bagi kurang telor, JJ bagi lebih telor, habis lari ke Dato' JJ, habis orang-orang kuat Dato' Hasan macam Zamri hantu raya, Haji Rosli orang Kuala Rompin (orang kaya Rompin, masa Dato' Hasan), Dato Maznah dan Haji Khalid (Haji Khalid ni dulu masa DARA, keja bawak kamera je, Dato' Hasan bagi dia kaya raya). Masuk sekali dengan YB Safri, Bah dengar cerita, dulu YB Safri anak didik Dato' Hasan, last-last anak murid lawan guru. (nanti Bah cerita macam mana JJ tumbangkan Dato' Hasan melalui hantu-hantu raya tadi…….) Ada juga orang yang taat lagi dengan Dato' Hasan, ada yang selalu bawa kereta wira aerobeck no plat 4040, Bah tengok dia tidak senang macam hantu raya-hantu raya tadi. (tapi Bah lama tak nampak main-main kat Ibam), Bah nampak dia tu lurus bendul, bodoh, orang lain ambik kesempatan masa Dato' Hasan ada.

Pasal pembangunan Bandar-bandar tadi, rupa-rupa tidak ada apa yang dibangunkan untuk masyarakat setempat, kebajikan masyarakat, kemudahan-kemudahan asas semuanya hampas. Mana lesapnya duit bantuan dana dari kerajaan, Bah dengar lebih RM12 juta setahun untuk menampung peruntukkan pentadbiran TDK dan pembangunan masyarakat dalam kawasan Pahang Tenggara. Kalau ada pun buat pembangunan di Muadzam Shah dan laian Bandar, semua dijual, yang dapat beli orang kaya dan bangsa lain.

Ibarat cakap, macam tasik biru dekat Bukit Ibam itulah, nampak cantik, tapi tidak ada apa boleh digunakan, air tidak boleh minum, mandi, basuh berak kencing, ikan pun tidak ada seekor yang boleh hidup dalam tasik.

Sampai di sini dulu, Bah akan sambung lagi, macam mana JJ dan kuncu-kuncunya menjual harta-harta warisan DARA, sampailah Bah cerita macam mana dia boleh tumbangkan Dato' Hasan satu-satunya pemimpin anak tempatan Rompin…….. Wassalam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved