ads

Isnin, 19 Ogos 2013

06 di bukit ibam - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di bukit ibam - Google Blog Search


Orang Asli Bkt <b>Ibam</b> Berang Tanah Mereka <b>Di</b> Ceroboh

Posted: 14 Aug 2013 07:55 PM PDT

BUKIT IBAM - Sebanyak 83 keluarga Orang Asli di Kampung Pelam dan Kampung Perut, di sini, tidak berpuas hati dengan kegiatan pembalakan yang dilakukan berhampiran perkampungan mereka. Difahamkan, wakil syarikat pembalakan tersebut ada menjanjikan pampasan kepada setiap penduduk kampung berkenaan, bagaimanapun sehingga kini wang itu masih belum dibayar. Tok Batin, Husin Dagang berkata, beliau sendiri pernah memohon untuk meneroka kawasan hutan terbabit bagi membangunkan ekonomi penduduk di situ, namun tiada maklum balas. "Saya telah memohon untuk membuka tanah seluas 420 hektar ini sejak 2009 lagi, tetapi akhirnya orang lain yang dapat. "Tujuan permohonan saya itu bukan sahaja untuk mengeluarkan balak, tetapi juga untuk mengusahakan ladang yang boleh menjadi kegiatan ekonomi Orang Asli di sini," katanya. Husin berkata, kegiatan pembalakan aktif dijalankan di kawasan itu sejak kira-kira dua bulan lalu hingga menjejaskan rutin harian penduduk. "Hutan sudah habis dan penebangan hutan semakin hampir ke kampung kami. Mata pencarian kami sudah berkurangan kerana kayu semakin habis dan hendak buat rumah pun susah," katanya. Menurutnya, Sungai Aur di pinggir hutan yang juga menjadi sumber pendapatan penduduk turut terjejas. "Sisa-sisa kayu pembalakan ini dibiarkan begitu sahaja dan menyusahkan kami untuk menaiki kenderaan ke sungai. "Ada juga sisa-sisa pembalakan yang dibuang ke dalam sungai menyebabkan air sungai keruh. Kayu-kayu yang tenggelam di dasar sungai pula menyukarkan kami mencari hasil sungai," katanya. Sehubungan itu, Husin memohon jasa baik Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob dan pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) campur tangan bagi menyelesaikan masalah itu. "Saya minta orang yang berkenaan bayar pampasan kepada penduduk kampung di sini seperti yang dijanjikan. "Jika isu ini tidak selesai, kami tidak teragak-agak mengambil tindakan bagi mendapatkan hak kami," katanya. #sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved