ads

Isnin, 12 Ogos 2013

06 di bukit tinggi - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di bukit tinggi - Google Blog Search


buka buku: Bercuti: Padang & <b>Bukit Tinggi</b> Part 1

Posted: 23 Jul 2013 06:19 AM PDT


Hahhhh..malas betul lah nak update blog nie
tapi nak update jugak.....tau tak,selesai saja degree show
saya n family terus bercuti di Padang dan Bukit Tinggi, Indonesia.
Jiwa raga rasa tenang sangat setelah bermacam dugaan yang menimpa sepanjang 
belajar tapi kan,masa pergi bercuti nie..tangan saya baru saja terkena api.
Memang dengan gelembung-gelembung air saya redah ja pakai baju...sakit ke tak,itu lain kira.
Flight ktorg pukul 7.50 a.m...mak ayah adik n maktok dah sampai LCCT awal lagi.
Saya ja yang terkial-kial baru bertolak dari Shah Alam ke LCCT.
Thanks to anis n yaya kerana sudi menghantar budak sakit melecur ini..hehe
Sampai LCCT,mak dah tunggu depan Mcd,Ingat nak ajk makan tapi dah tak sempat.
so,buat apa yang patut dulu dan tunggu di balai pelepasan.
anak perempuan satu-satunya, emak yang senyum sorang-sorang n ayah.

Ktorag pergi naik Air Asia ja yang termampu..yang bestnya dapat hot seat..bagaikan v.i.p.

sampai sudah lapangan terbang Minagkabau

Sampai saja sini terus cari pemandu pelancong yang ktorg booking. Pak Jufri 
Ini dia Pak Jufri yang sangat baik orangnya.
Tempat pertama yang kami pergi kunjungi adalah kedai makan.
Dengar kata nasi padang sangat sedap.So,ktorng singgah di Rumah makan Lamun Ombak.

 Tempat makan yang cantik dan bersih

 Pelbagai jenis hidangan yang membuka selera
Nasi padang nie nak makan ada undang-undang tersendiri..apa yang disentuh akan dikira.
Apa yang tidak disentuh tidak dikira..so kalo tak nak makan jangan gatal tangan cedok itu cedok ini ye.
Sambal rebus paling sedap antara semua sambal..seriusss
Selepas makan,tempat pertama yang kami lawati adalah Pantai Air Manis,
kat situ terdapat batu sumpahan Malin kundang yang disumpah kerana derhaka terhadap ibunya.
Kalo orang kita panggil Si Tanggang.



Selepas kepanasan melawat pantai,ktorg otw ke Bukit Tinggi dan singgah di Air Terjun.
Perjalanan dari Padang ke Bukit Tinggi dalam sejam jugak lah.
Air terjun disini, disana ait mancur


singgah dulu beli keropok n kerepek

keropok ikan yang comelll
Sampai sudah di Bukit Tinggi..ktorg g serbu dulu kedai menjual kain sulam,telekung dll.

 Semuanya cantik-cantik..rambang mata

Ini saja aktiviti di siang hari sebelum menjelang malam...berehat di hotel sebab penat berjalan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved