ads

Ahad, 18 Ogos 2013

06 di kampung awah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di kampung awah - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di kampung awah</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Aug 2013 03:16 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Polis Pahang Senaraikan 23 Lokasi Panas <b>Di</b> Negeri Ini

Posted: 04 Aug 2013 01:37 PM PDT

KUANTAN - Polis Pahang menyenaraikan 23 lokasi panas yang kerap berlaku kemalangan di negeri ini dan menasihatkan semua pemandu yang akan pulang berhari raya nanti supaya berhati-hati. Tiga kawasan bagi daerah Kuantan iaitu Kilometer (KM) 36-48, Jalan Kuantan-Maran berdekatan Maju Ternak; KM 11-20, Jalan Kuantan-Pintasan dan KM 32-35, Jalan Kuantan-Kemaman (Kampung Sungai Ular). Bagi Pekan iaitu KM 7-11, Jalan Kuantan-Pekan dan KM 62-65, Jalan Kuantan-Segamat (Ladang IOI), Rompin (KM 104-110, Jalan Kuantan-Segamat berdekatan Dara Teh; KM 112-115, Jalan Kuantan-Segamat (Perantau Damai) dan KM 120-124, Jalan Kuantan-Segamat berdekatan Selancar). Tiga lokasi di Maran pula iaitu di KM 66-82, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur berdekatan Ulu Luit, KM 95-102, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur (Sungai Leng) dan KM 108-112, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur berdekatan Kampung Awah. Di Temerloh iaitu KM 123-125, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur (Kampung Paya Jauh); KM 162, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur (Kampung Dala) dan KM 168, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur (Kampung Jambu Rias) manakala Kuala Lipis (KM 59, Jalan Kuala Lipis-Merapoh-Gua Musang). Dua lokasi di Bentong iaitu di KM 75, Jalan Kuala Lumpur-Karak dan KM 7, Jalan Raub-Bentong manakala bagi daerah Raub (KM 326-325, Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu berdekatan Kuala Atok). Bagi daerah Jerantut, tiga lokasi terlibat iaitu KM 2-4, Jalan Jerantut-Benta, KM 15-24, Jalan Jerantut-Benta (Kampung Damak) dan KM 42-56, Jalan Jerantut-Kota Gelanggi 1 dan 2 manakala daerah Bera (KM 30, Jalan Temerloh-Bahau dan KM 48, Jalan Temerloh-Bahau). 


Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Jamaluddin Abd. Majid berkata, selain itu terdapat tujuh kawasan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) juga dikenal pasti sebagai kawasan kerap berlaku kemalangan. "Kawasan terlibat adalah di KM 203-204, KM 208-209, KM 211.9, KM 182-183, KM 159-162, KM 95-105 dan KM 117-118," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran Op Selamat 3/2013 sempena Hari Raya Aidilfitri di sini kelmarin. Turut hadir Pengarah Jabatan Pengangkut Jalan (JPJ) Negeri, Datuk Zakaria Man, Pengarah Bomba dan Penyelamat negeri, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin dan juga Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri iaitu Senior Asisten Komisioner Mohd. Zakaria Ahmad. #sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved