ads

Selasa, 6 Ogos 2013

06 di mentakab - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di mentakab - Google Blog Search


TV9 - Pengedar Dadah Ditangkap <b>Di Mentakab</b>

Posted: 19 Jul 2013 02:54 AM PDT

19 Jul 2013, 05:54pm by Syuhada Rais


Seorang lelaki disyaki pengedar dadah ditangkap.

Dia ditangkap di tempat letak kereta Bukit Bendera, Resort di Mentakab 17 julai lalu.

Polis turut merampas pelbagai jenis dadah bersama suspek.

Antara dadah yang dirampas ialah turut dirampas, pil kuda dan peralatan menghisap dadah.

Nilai keseluruhan dadah dirampas dianggarkan berjumlah RM24,500

Suspek kini direman sehingga 24 julai depan.


Asal Batu Caves Meragut <b>Di Mentakab</b> | MalaysiaSensasi.Net

Posted: 07 Jun 2013 12:51 AM PDT

Admin | 6/07/2013 |

MENTAKAB – Tindakan pantas suami mangsa bergelut dengan seorang peragut dibantu orang ramai berjaya menangkap penjenayah tersebut di hadapan sebuah pusat membeli belah, di sini, pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Pemangku Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, kejadian berlaku semasa mangsa, seorang wanita berusia 36 tahun yang mengandung lima bulan, baru tiba di pusat membeli-belah itu bersama suaminya dan berjalan masuk ke pintu utama.

Bagaimanapun katanya, tiga lelaki menaiki tiga motosikal menghampiri mereka dan seorang daripadanya bertindak meragut beg tangan mangsa.

"Mangsa bagaimanapun memegang beg tangan itu dengan kuat. Kemudiannya, suspek cuba menarik rantai leher mangsa, tetapi berjaya dihalang mangsa.

"Suspek menolak mangsa jatuh dan ketika itu juga, suspek jatuh. Suami mangsa kemudiannya bertindak bergelut dengan peragut terbabit dan menangkapnya dengan bantuan orang ramai serta pengawal keselamatan," katanya pada sidang media, semalam.

Abdul Aziz berkata, siasatan lanjut mendapati suspek berusia 24 tahun yang berasal dari Batu Caves, Selangor itu sudah lama melakukan jenayah ragut di Kuala Lumpur dan pernah ditangkap atas kesalahan sama.

Menurutnya, polis akan menyiasat rakan-rakan suspek yang terlibat dalam jenayah itu untuk mengambil tindakan. sewajarnya.

Katanya, suspek kini direman tujuh hari untuk siasatan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara 20 tahun dan sebatan atau denda jika didapati bersalah.

Beliau berkata, mangsa yang sudah menjalani pemeriksaan kesihatan itu mengalami pendarahan pada peranakan, namun keadaan dia dan kandungannya selamat.

Katogeri:

ytm yb tengku zulpuri adun <b>mentakab</b> melawat paip - Wartawan <b>...</b>

Posted: 28 Jul 2013 12:26 AM PDT


Masaalah air di Pahang ni bukan sesuatu yang baru. Malah aku telah menulis dalam Suara Keadilan berhubung dengan masaalah yang dihadapi baik dari Kuantan, sampailah ke penghujung hulu di pedalaman Felda Kemayan. dan paling dekat dengan Luala Lumpur iaitu Lanchang.

Semuanya menyatakan bahawa PAIP Pihak berkuasa air Pahang walau telah diswastakan, namun kualiti air amat teruk. Ketika aku berusia 7 tahun disekitar tahun 70an, sesedar aku ketika sekolah rendah di Pulau Pinang, ramai murid yang dahaga setelah bermain bolasepak minum air paip kerana yakin bahawa Pulau Pinang ketika tahun 70an sudah mempunyai bekalan air paip yang cukup bersih dan membuktikan bahawa air boleh diminum terus.

Namun jika anda ke Pahang sekarang ini, anda patut menadah air dahulu di dalam gelas sebelum anda berani meminumnnya. .......sebagai buktinya , anda boleh melihat permasalahan ini dimana kawasan dan tempat pemprosesan air nampak begitu ketinggalan .

Orang Pahang pula , sudah menerima hakikat jika berlakunya ketiadaan air hampir setiap bulan selama beberapa hari adalah sebagai perkara biasa. Ini menurut mereka , rakyat Pahang sudah menerima hakikat dan setiap rumah sudah bersedia dengan tangki air simpanan untuk anak cucu mandi ,cucian dan kegunaan harian. Malahan dalam musin kenduri kendara, mereka paling risau kalau-kalau pengantin tak dapat mandi wajib akibat ketiadaan air.

Apabila aku ajukan kepada Pak Jabit , seorang pelakon dan juga seorang aktivis yang seringkali mengkritik PKR bahagian beliau , iaitu Temerloh, beliau menyatakan bahawa PKR tidak peduli semua itu, malahan menyatakan bahawa Melayu ini cerdik sikit dari orang asal...Ya ka Pak Jabit? Melayu cerdik sikit dari orang asal? Beliau menyatakan bahawa orang Pahang ini suka bercakap di kedai kopi dan kuat mengeluh , tetapi takut untuk nak menyuarakan apa yang terpendam. "Tak ada air pun tak apa lah...nak buat macamana. Kita dah adukan ke YB. YB Amano...."

Terfikir aku, patut la payah sangat nak menang, rupanya Umno ini di Pahang macam tokong....kah..kah..kah
PKR bagaimana pula?? masih wujud atau tidak???? Elok cari lain la.....

 IMG_7938.JPGIMG_7934.JPG

Nor Azida bt Abd Rahman , penolong pengurus PAIP daerah Temerloh .Terima kasih diatas keperihatinan melawat dan air adalah asas bagi benda hidup, terutamnya manusia.

Encik Basir penolong operasi daerah Temerloh .

https://mail-attachment.googleusercontent.com/attachment/u/0/?ui=2&ik=9a4a476b83&view=att&th=140147ea365fe20e&attid=0.1&disp=inline&realattid=b1cb9879c4e6ea71_0.1&safe=1&zw&saduie=AG9B_P_lUGaWGohfqK_SO2cbj-oP&sadet=1374995439612&sads=qdtfj_Jdp2tiLiU0-KMAsQ0SkoY&sadssc=1

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved