ads

Sabtu, 24 Ogos 2013

06 di rompin - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di rompin - Google Blog Search


Seorang Maut, Tiga Parah Dalam Kemalangan <b>Di Rompin</b>

Posted: 12 Jul 2013 08:22 PM PDT

KUANTAN - Seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda terbunuh selepas kenderaan dipandunya dilanggar sebuah kereta dalam nahas melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 118.6, Jalan Kuantan-Segamat dekat Rompin, petang kelmarin. Dalam kemalangan kira-kira jam 4 petang itu, penumpang kenderaan terbabit mengalami cedera parah. Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim dalam satu kenyataan berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Buang Awang, 60, petani dari Desa Keranji Muadzam Shah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 6.05 petang ketika menerima rawatan di Hospital Muadzam Shah. Menurutnya, mangsa yang parah, Aliff Shah Fuad Shah, 27 dan Nur Khadijah Mohd Zain, 23 dari Melaka serta Mohd Nazi Busumi, 34 dari Muadzam Shah turut dihantar menerima rawatan di hospital sama. "Penunggang motosikal, Nur Hasimah Md Isa, 20 dari Perumahan Kampung Feri, Rompin bernasib baik apabila terselamat dan hanya alami cedera ringan," katanya. Fauzi berkata, mangsa memandu Mitsubishi Triton dari arah Segamat hala ke Kuantan bersama seorang penumpang.  "Ketika sampai di lokasi kejadian, dia dipercayai gagal kawal kenderaannya lalu terbabas ke kiri. "Ketika pemandu itu cuba masuk ke laluan semula, salah satu tayarnya pecah menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan lalu termasuk ke laluan bertentangan dan merintangi jalan," katanya. Beliau berkata, sebuah kereta jenis Proton Perdana dari arah Kuantan-Segamat dipandu seorang lelaki bersama seorang penumpangnya gagal mengelak lalu terlanggar kenderaan mangsa yang merintangi jalan. "Akibat nahas itu, kereta terbabit serta berpusing lalu terlanggar sebuah motosikal," katanya lagi. #sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved