Jumaat, 13 September 2013

06 di bukit tinggi - Google Blog Search

06 di bukit tinggi - Google Blog Search


<b>bukit tinggi</b> | biskutcelup

Posted: 06 Sep 2013 09:30 PM PDT

Assalamualaikum wbt..entry kali ni kita akan kembali ke tanah air yang tercinta dan kali ni aku nak mengajak korg melancong di salah satu tempat yang menarik di pahang.
tempat ni dinamakan Bukit Tinggi dan korg boleh pergi ke tempat ni dari Kuala Lumpur melalui lebuhraya karak dan keluar melalui exit 803. perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam dan pandulah kenderaan anda dengan berhati-hati sebab lebuhraya karak memang terkenal dengan jalannya yang berbahaya =.="
untuk masuk ke tempat ni, korg perlu bayar admission fee sebanyak RM12 untuk dewasa dan RM6 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.
tempat pertama yg kitorg sempat terjah ialah Colmar Tropicale iaitu sebuah perkampungan french. ketika korg berada di sini, korg boleh rasa yang korg macam sedang melancong di luar negara ditambah pula dengan suasana udara yang sejuk..perghh..feeling oversea kott :)
lepas penat berjalan-jalan kat tempat ni, kitorg singgah pulak di japanese village..tapi bagi aku yang memang duduk jepun..takdelah terasa japanese mana pun tempat tu =.="
tapi melihat keseronokan cik driver aku kat tempat ni, boleh la cakap japanese garden ni cantik jugak la..kat sini ada kolam yang banyak sangat ikan jepun(?) tu dan seriusly permandangan japanese garden ni agak superb..selain tu ada pondok rehat yang bertemakan japanese culture dan korg boleh try pakai kimono dengan bayaran tertentu (aku tak ingat)..
sebenarnya aku tak tahu pun tempat macam ni wujud..tiba-tiba je cik driver ajak singgah selepas kitorg balik dari kenduri kahwin senior aku kat temerloh..alang-alang dah lalu so tak salah untuk singgah kan..hehe
"apehal kau sendiri tak drive?? "
sebenarnya hari tu aku baru je jejak malaysia..sampai klia je terus pergi pahang..nak tengok orang kawin punya pasal..excited sangat nak balik malaysia sampai tertinggal lesan memandu aku kat jepun =.="
sape kat sini pernah g tempat ni angkat tangan sikit 
aku dengar kat melaka pun macam ada tempat macam ni..sesiapa yang pernah pergi jom berkongsi pengalaman korg :)
JANGAN LUPA ISI POLL ^_^

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads