ads

Rabu, 11 September 2013

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search


Empat lelaki bersenjata parang pecah masuk rumah kedai <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 22 Aug 2013 04:26 AM PDT

jenayah

KUANTAN: Seorang pemilik kedai runcit kerugian RM88,000 selepas disamun empat lelaki bertopeng bersenjatakan parang di rumah kedai miliknya di Bertam Valley dekat Cameron Highlands.

Kejadian pada jam 4 pagi itu disedari S. Umadevi, 23, yang terjaga daripada tidur selepas terdengar bunyi bising, kata Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Wan Zahari Wan Busu.

"Wanita itu terkejut lalu menjerit apabila ternampak seorang lelaki berpakaian hitam dan bertopeng meluru kepadanya dan mengacukan sebilah parang.

"Suspek mengarahkan mangsa diam selain bertindak mengumpulkan tiga lagi anggota keluarga mangsa di dalam sebuah bilik sebelum menggeledah rumahnya," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata suspek melarikan barang-barang berharga dan barang kemas bernilai kira-kira RM88,000 dengan van milik wanita itu yang kemudian ditemui ditinggalkan di tepi jalan di Batu 4, Jalan Pahang-Tapah, Perak.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved