06 di Cameron Highlands - Google Blog Search |
BN Kekal Kemenangan <b>Di Cameron Highlands</b> - MyNewsHub Posted: 27 Aug 2013 08:02 PM PDT KUALA LUMPUR – BN mengekalkan kemenangan di kerusi Parlimen Cameron Highlands selepas Mahkamah Pilihan Raya membatalkan petisyen yang difail calon DAP bagi membatalkan keputusan PRU13 kawasan berkenaan. Hakim Datuk Umi Kalthum Abdul Majid memutuskan petisyen M. Manogaran adalah cacat kerana gagal mematuhi Perintah 4(1)(b) dan 4(4) Peraturan-Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954. Beliau berkata pempetisyen juga gagal mengemukakan fakta yang mencukupi bagi mendedahkan kuasa tindakan. Hakim itu berkata Manogaran tidak menunjukkan bagaimana rasuah dikatakan begitu menjejaskan keputusan pilihan raya. Umi Kalthum memerintahkan Manogaran membayar RM40,000 sebagai kos kepada anggota Parlimen Cameron Highlands Datuk Seri G. Palanivel, yang dinamakan sebagai responden dalam petisyen itu. Palanivel menang dengan majoriti 462 undi dalam pertandingan lima penjuru. Calon lain ialah Mohd Shokri Mahmood (Berjasa), Kisho Kumar Kathirveloo (BEBAS) dan Alagu Thangarajoo (BEBAS). – BERNAMA PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri |
You are subscribed to email updates from di Cameron Highlands - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen