ads

Sabtu, 14 September 2013

06 di jengka - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di jengka - Google Blog Search


Dua Wanita Antara 65 Penagih <b>Di</b> Tahan Dekat <b>Jengka</b>

Posted: 13 Sep 2013 12:38 PM PDT

MARAN - Polis menahan 65 penagih dadah termasuk dua wanita berusia lingkungan 20-an dalam Operasi Tapis Bersepadu (OTB) di kawasan ladang Jengka 9 dan Jengka 13 dekat sini, semalam. Operasi yang bermula 4 pagi dan berakhir 6 petang itu diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang, Supritendan Yap Toon Khuan dengan bantuan lima pegawai dan 58 anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Maran, Temerloh, Jerantut, Lipis, Kuantan, Unit Marin, Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 dan Jabatan Siasatan Jenayah IPK Pahang. Menurut Toon Khuan, seorang daripada wanita terbabit dipercayai pengedar dadah yang disabitkan dengan kesalahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah jenis heroin seberat 23 gram. Katanya, selain menahan kesemua mereka yang berusia di antara 21 hingga 51 tahun itu, polis turut merampas beberapa paket dibaluti plastik dipercayai jenis dadah dan picagari dipercayai digunakan dalam aktiviti penagihan dadah. "Dua lokasi ladang sawit itu dipilih penagih yang kesemuanya penduduk tempatan untuk melepaskan gian kerana jaraknya yang agak jauh daripada pandangan orang ramai," katanya. #sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved