ads

Jumaat, 6 September 2013

06 di jengka - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di jengka - Google Blog Search


Pelajar UiTM Maut Nahas Empat Kenderaan <b>Di Jengka</b>

Posted: 20 Jul 2013 05:11 PM PDT

JENGKA - Dua maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.9 Jalan Temerloh-Bandar Jengka, kira-kira jam 7.20 pagi semalam. Kemalangan membabitkan sebuah lori amang, dua kereta Proton Iswara dan Wira serta sebuah Proton Ixora. Mangsa yang maut di tempat kejadian ialah penumpang Proton Ixora, Nor Syahidah Mohamed Zuki, 21, penuntut tahun akhir kursus Pengurusan Pejabat Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Jengka. Seorang lagi mangsa yang merupakan pemandu Proton Iswara, Mohamad Nor Abdillah Ismail, 25, dari Felda Lakum, Lanchang meninggal dunia dalam perjalanan ke Hopital Jengka. Bapa Nor Syahidah, Mohamed Zuki Mat Ali, 50, berkata, mangsa bersama bapa saudaranya, Sabaruddin Hussin, 46, dalam perjalanan ke Temerloh. "Kak Chik (Nor Syahidah) akan mengambil peperiksaan MUET (Malaysia University English Test) pagi ini di Temerloh. Dia yang tinggal di asrama pergi dengan bapa saudaranya mungkin sebab secara kebetulan bapa saudaranya juga hendak ke Temerloh," katanya. Ibu Nor Syahidah, Latifah Din, 40, berkata, kebiasaannya Nor Syahidah akan memintanya menghantar ke tempat ujian berkenaan. "Ini kali kedua dia ambil ujian. Kali pertama saya yang hantar. Pagi ini (semalam) saya tunggu juga dia telefon, tapi tiada panggilan daripadanya. "Saya anggap dia mungkin menjalani ujian di universiti, jadi saya buat biasa sahaja. Pagi ini, ada orang dari syarikat trak tunda beritahu anak saya kemalangan," katanya. Difahamkan, Sabaruddin kini berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temeloh. Ketua Polis Maran, Pemangku Superintendan Sulaiman A Hamid berkata, kejadian berlaku apabila Proton Iswara melanggar tangki minyak lori amang yang datang dari Jalan Temerloh ke Jengka sebelum langgar Proton Wira.  "Lori amang tersebut kemudian terbabas ke kanan jalan lalu langgar Proton Ixora sebelum terbabas ke kiri jalan,"  katanya. #sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved