ads

Selasa, 17 September 2013

06 di jerantut - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di jerantut - Google Blog Search


Curi Motor, Tiga Remaja Geng Faiz Tumpas <b>Di Jerantut</b>

Posted: 13 Sep 2013 02:29 AM PDT

JERANTUT - Polis Jerantut berjaya menumpaskan 'Geng Faiz' yang terlibat dalam beberapa kes kecurian motosikal dan kereta di Jerantut dan Temerloh berikutan tertangkapnya tiga anggota kumpulan tersebut dua hari lalu. Ketua Polis Daerah, Supritendan Azid Ismail berkata,tiga lelaki berusia antara 17 dan 18 tahun itu ditahan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah kosong di Kampung Baharu, Jerantut pada jam 5.40 petang pada 10 september lalu. Menurutnya, daripada siasatan polis menemui lima buah motosikal pada 2 dan 6 September, tiga daripadanya ditemui di Jerantut manakala dua lagi di Temerloh. "Salah seorang suspek pernah ditahan di Sekolah Tunas Bakti, Telok Air Tawar, Butterworth, Pulau Pinang Disember tahun lalu kerana terlibat dalam kes yang sama, namun berjaya melarikan diri daripada tahanan itu pada April lalu dan kembali aktif mencuri motosikal di Jerantut dan Temerloh. "Hasil siasatan lanjut kesemua motosikal dicuri itu berjaya ditemui semula, manakala sebuah kereta jenis Proton Perdana yang dicuri berjaya ditemui di kawasan Industri Jerantut," katanya. Beliau bercakap kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di sini, semalam. Menurutnya, lima buah motosikal dan sebuah kereta itu dianggarkan bernilai RM50,000. "Ketiga-tiga suspek itu kini ditahan di bawah seksyen 379 A, Akta Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan penjara selama tujuh tahun," katanya. #sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved