06 di jerantut - Google Blog Search |
kadar kekeruhan air tercemar teruk sungai pahang <b>di jerantut</b>? Posted: 28 Aug 2013 08:14 PM PDT Keadaan Sungai Pahang terkini di Jerantut Kadar kekeruhan air sungai Pahang di Jerantut di katakan terjejas teruk perkara ini pasti menyulitkan bagi pihak pembekal air (PAIP) untuk dirawat dan memproses air bersih di sekitar Jerantut. NTU - Unit Kekeruhan Nefelometrik. Satu kadar ukuran untuk kekeruhan air. Pada dasarnya, ukuran kekeruhan air yang diukur oleh suatu nephelometer. Kekeruhan didasarkan pada jumlah cahaya yang tercermin dari partikel-partikel di dalam air. Sila rujuk carta dibawah ini :Ini adalah mesej tidak rasmi daripada Paip Jerantut : Kepada pengguna2 sekitar bandar Jerantut sehingga sempadan Temerloh. Sila simpan air secukupnya kerana loji air batu embun terpaksa ditutup operasi sementara waktu disebabkan punca air mentah (air sungai pahang) terlalu teruk. Tidak boleh untuk dirawat. NTU terlalu tinggi melebihi had kebangsaan yang dibenarkan. Sekian terima kasih Mungkinkah? kadar kekeruhan air ini disebabkan aktiviti pelombongan bijih besi dan emas dikawasan hulu sungainya?. Sila perhatikan gambar diatas kadar kekeruhan airnya pasti melebihi kadar kekeruhan NTU yang dibenarkan. Jika dilihat kadar kekeruhannya pasti telah melebihi had kebangsaan yang dibenarkan. Gamaknya jika sedemikan kekeruhannya berapakah kadar NTU nya? mahu 2000? 3000? |
You are subscribed to email updates from di jerantut - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan