ads

Selasa, 17 September 2013

06 di kuala lipis - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di kuala lipis - Google Blog Search


Kesesakan Lalu Lintas Kini Makin Kritikal <b>Di Kuala Lipis</b>

Posted: 13 Sep 2013 02:39 AM PDT


KUALA LIPIS - Sejak akhir-akhir ini wujud kesesakan lalu lintas di bandar ini khususnya laluan ke bandar lama dan Bandar Baharu Seberang Sungai Jelai. Seorang penduduk, Mohd Azuan Abdul Ghani, 27, berkata, kesesakan itu juga termasuk laluan ke Bandar Baharu Seberang Jelai yang saban waktu dikunjungi ramai penduduk berkunjung, berurusan di pejabat kerajaan serta pelawat, selain menjadi laluan alternatif kenderaan ke Felda Kechau dan Merapoh. Menurutnya, senario kesesakan itu bukan sahaja berlaku pada waktu puncak, tetapi waktu lain memandangkan cuma laluan itu sahaja untukmmasuk ke bandar lama Kuala Lipis dan termasuk Bandar Baharu Seberang Jelai. "Kesesakan itu kerap bermula berdekatan bulatan jalan untuk masuk ke bandar ini sehingga ke pusat bandar dan keadaan semakin kritikal sejak akhir ini ketika waktu puncak dan kegiatan tertentu yang membabitkan lokasi di Dewan Residen, Dataran Residen dan pusat bandar. "Kesesakan juga berpunca apabila kedudukan dua buah persimpangan lampu trafik berdekatan, iaitu di persimpangan jalan ke Bandar Baharu Seberang Jelai dan bandar lama di sini," katanya di sini, semalam. Seorang lagi penduduk, Norazizah Abdul Manan, 30, berkata, lampu trafik berdekatan juga wujud di persimpangan masuk ke Hospital Lipis, pusat berbelanja, masjid, stesen keretapi dan hotel di sini .#selanjutnya

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved