ads

Sabtu, 7 September 2013

06 di maran - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di maran - Google Blog Search


Cabaran Kayuhan Jamboree Ayam Kampung <b>Di Maran</b>

Posted: 16 Jun 2013 08:00 PM PDT

MARAN - Kayuhan Jamboree Ayam Kampung pada 7 Julai ini dijangka disertai 250 peminat sukan basikal lasak khususnya dari negeri ini. Pengerusi Kelab Berbasikal Maran (MCC), Azhar Abu Bakar berkata, aktiviti itu adalah kesinambungan program Maran40 2012 dan Maran80 2013 yang dikendalikan MCC. Menurutnya, walaupun kali pertama menganjurkan program basikal lasak, namun kelab itu mempunyai tenaga kerja berpengalaman dan aktif dalam aktiviti itu. "Peserta bakal berbasikal dengan laluan mencabar di kawasan hutan berdekatan ladang kelapa sawit dan kebun getah berbukit serta berlumpur. "Antara kategori ditawarkan adalah Super Junior, Junior, Junior Elit, Terbuka Lelaki, Master, Veteran dan Wanita untuk jarak sejauh 40 kilometer. "Pendaftaran yang dibuka sejak sebulan lalu mendapat penyertaan memberangsangkan dan masih dibuka untuk semua peminat sukan berbasikal," katanya. Program bertujuan menggalakkan orang ramai melakukan aktiviti riadah sihat melalui berbasikal selain eratkan hubungan dengan berkongsi minat yang sama. Menurutnya, ia secara tidak langsung mampu menarik kehadiran pengunjung luar ke bandar ini dengan membawa jolokan Maran Bandar Ayam Kampung sebagai satu produk pelancongan. "Kami mahu peminat berbasikal kenal dan rasai cabaran berbasikal di sini serta kembali sertai acara seterusnya," kata beliau lagi. #sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved