ads

Rabu, 11 September 2013

06 di raub - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di raub - Google Blog Search


200 Pelajar Orang Asli Sertai Kem Akademik <b>Di Raub</b>

Posted: 08 Sep 2013 06:56 PM PDT

RAUB - Sebanyak 200 murid Orang Asli tahun enam menyertai kem bimbingan akademik anjuran Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) di Kompleks Rakan Muda Kampung Dong di sini, selama dua hari baru-baru ini. Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Sosial ECERDC, Zulkifli Yaacob berkata, program yang dikenali 'Kami Boleh Berjaya' itu merupakan persediaan menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini. Menurutnya, mereka yang terpilih menyertai kem tersebut merupakan murid dari lima sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Betau, SK Kuala Koyan, SK Sungai Dua, SK Satak dan SK Lanai. "Penganjuran kem ini merupakan komitmen dan inisiatif ECER dalam menyediakan kelas tambahan dan motivasi secara percuma kepada mereka. "Semua murid yang menyertai program ini terdiri daripada kalangan anak-anak Orang Asli dengan dibimbing oleh pelatih berpengalaman. "Kami optimis program seperti ini dapat menggerakkan minda dan minat mereka untuk lebih fokus terhadap usaha mencapai kelulusan lebih baik berbanding sebelum ini," katanya ketika berucap dalam program tersebut di sini. Perasmian kem itu disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Datuk Shahiruddin Ab.Moin dan turut dihadiri ADUN Batu Talam, Datuk Abd. Aziz Mat Kiram. Zulkifli berkata, objektif program tersebut bertujuan memberi kesedaran daripada segi minda dan fizikal kepada murid berkenaan dalam menghadapi peperiksaan penting. Menurutnya, program seumpama itu yang pernah diadakan tahun lalu telah membantu menyumbang kepada pencapaian kelulusan 100 peratus dalam kalangan peserta Empower Pahang. "Pada tahun lalu, sebanyak 239 daripada keseluruhan 930 calon UPSR yang menyertai program seperti itu berjaya memperolehi 5A," ujarnya. #sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved