ads

Jumaat, 11 Oktober 2013

06 di bentong - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di bentong - Google Blog Search


DAP yakin kubu kuat MCA <b>di Bentong</b> boleh ditawan | roketkini.com

Posted: 14 Apr 2013 11:06 PM PDT

BENTONG, 15 APRIL: Pengerusi DAP negeri Pahang, Leong Ngah Ngah berkata, jika calon DAP kawasan Parlimen Bentong dan Pengerusi NGO Himpunan Hijau, Wong Tack memenangi kubu kuat MCA pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini, bermakna MCA bakal jadi 'parti sifar'.

Katanya, Bentong adalah kubu MCA terkuat di seluruh Malaysia dan pada pilihan raya umum (PRU) sebelum ini, MCA tidak pernah kalah di kawasan itu dan jika Wong Tack menang bermakna ia mencipta sejarah baru.

Leong adalah penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Triang yang dimenangi selama lima penggal berturut-turut dan pada.PRU-13 ini beliau beralih kawasan dan bakal menjadi calon DAP untuk DUN Ketari yang terletak dalam kawasan Parlimen Bentong.

Dalam temubualnya bersama krew The Rocket, beliau berkata suasana politik di Bentong juga semakin 'panas' menjelang hari mengundi.

"Warga Bentong juga mula menunjukkan respon yang baik terhadap kami (calon PR di Bentong). Sejak DAP, PAS dan PKR bergabung menjadi Pakatan Rakyat, kekuatan partii kami juga bertambah. Keyakinan rakyat terhadap PR juga bertambah," katanya.

Menurutnya, penyokong DAP yang mengundi DAP akan mengundi PAS dan PKR; begitu juga penyokong PAS dan PKR akan mengundi DAP.

Beliau berkata, ini kerana kami tidak lagi bertanding secara bebas dan berasingan. Mereka yang mengundi PR di peringkat Parlimen juga akan mengundi PR di peringkat DUN.

Mengenai keadaan politik di kawasan Parlimen Raub, Leong berpendapat peluang PR menang di kawasan itu adalah cerah kerana ketika ini, ramai pengundi di Raub sudah tidak sabar untuk mengundi PR kerana mereka marahkan BN.

"Kami harap pada PRU-13 nanti, PR akan menang enam hingga tujuh kerusi Parlimen di Pahang, antaranya kerusi Parlimen yang disebut Leong sebagai berpotensi menang adalah Kuantan, Indera Mahkota, Raub, Temerloh, Bera, Jerantut dan Bentong.

Ditanya mengenai strategi PR menarik pengundi Melayu bandar, beliau berkata, PR sudah lama berusaha mendampingi mereka.

"Sejak 14 tahun lalu, DAP dan PAS Pahang, ketika bernaung di bawah gagasan Barisan Alternatif sudah berusaha untuk masuk dan berkempen bersama di kawasan penduduk Melayu. Hubungan DAP dengan PAS ibarat aur dengan tebing. Malah ramai orang Melayu di Pahang tahu kedua-dua parti itu mempunyai hubungan yang erat bagaikan saudara," katanya

Manakala mengenai pertarungan di Bentong, beliau menggangarkan Bentong mempunyai lebih daripada 20 peratus pengundi yang kini menetap di tempat lain dan berharap mereka akan pulang pada 5 Mei ini untuk mengundi.

"Kami berpeluang cerah untuk ubah kerajaan, saya menyeru semua warga Bentong supaya kembali mengundi. Kami perlukan undi anda. Jom balik dan ubahkan Bentong dan Malaysia," tambahnya.-Roketkini.com

Perkeso: Sebanyak 14 Majikan Di Kompaun <b>Di Bentong</b>

Posted: 27 Sep 2013 06:41 PM PDT

BENTONG – Seramai 14 majikan dikenakan kompaun atas kesalahan gagal mendaftarkan perusahaan dan pekerja mereka menerusi Ops Kesan yang di jalankan sepanjang September. Pengurus Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Bentong, Roziah Abdul Wahid berkata, jumlah keseluruhan kompaun yang dikenakan ke atas majikan terbabit ialah RM8000. Katanya, sempena operasi itu, pihaknya menjalankan pemeriksaan ke atas 278 premis perniagaan sekitar kawasan Bentong, Raub dan Lipis. "Alasan tiada masa untuk ke pejabat Perkeso membuat pendaftaran dan tidak tahu berhubung pendaftaran merupakan alasan yang sering kali digunakan oleh majikan. "Sebelum menjalankan operasi, pihak kami sudah menghebahkannya dan memberikan peringatan kepada majikan, namun masih ada yang memandang enteng," katanya. Roziah berkata, kedegilan majikan berbuat demikian menyebabkan mereka dikenakan kompaun. Katanya, selain majikan, pekerja juga perlu mempunyai kesedaran berhubung caruman dibuat oleh majikan. "Mereka boleh membuat semakan di pejabat Perkeso berhampiran bagi memastikan majikan mencarum. "Sekiranya tiada caruman dibuat, pekerja boleh mengemukakan aduan kepada pihak Perkeso dan siasatan akan dijalankan," katanya. Roziah berkata, majikan yang didapati bersalah boleh dikenakan denda RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya mengikut Seksyen 5 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. #sumber

Polis: Rondaan Bantu Kes Jenayah <b>Di Bentong</b> Menurun

Posted: 27 Sep 2013 05:15 AM PDT

BENTONG - Jumlah kes jenayah di daerah ini yang dilaporkan dari Januari hingga Ogos tahun ini mencatatkan penurunan berbanding tahun lalu iaitu dari 345 kes kepada 312 kes. Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor berkata, dalam tempoh itu sebanyak 162 kes berjaya diselesaikan bagi tahun ini dan 166 kes pada tahun lalu. Menurutnya, antara kes yang menunjukkan penurunan ialah kes jenayah kekerasan iaitu 101 kes tahun lalu kepada 82 kes tahun ini. "Selain itu, jenayah rogol sebanyak 21 kes tahun lalu menurun kepada 4 kes tahun ini. "Manakala samun berkawan menggunakan senjata api pula hanya dua kes tahun ini berbanding tahun lalu sebanyak enam kes," katanya. Beliau berkata demikian selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong dekat sini. Mohamad Mansor berkata, kes curi motosikal juga menurun dari 60 kes kepada 56 kes, kes ragut dari lima kes kepada dua kes, dan kes pecah rumah waktu malam dari 47 kes kepada 41 kes sahaja. Katanya, antara kes yang menunjukkan peningkatan ialah kes bunuh iaitu dari satu kes tahun lalu kepada tiga kes tahun ini. #selanjutnya

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved