ads

Rabu, 23 Oktober 2013

06 di bera pahang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di bera pahang - Google Blog Search


Latihan Sedia Banjir Cemaskan Orang Ramai <b>Di Bera</b>

Posted: 07 Sep 2013 08:11 PM PDT

KUALA BERA - Seorang lelaki hampir lemas dekat Kampung Charuk Puting dan seorang wanita sarat mengandung yang terperangkap dalam situasi banjir di Kampung Bohor Bahru berjaya diselamatkan anggota penyelamat dan dihantar ke klinik berhampiran. Bagaimana pun, detik mencemaskan itu hanya lakonan yang merupakan latihan langkah persediaan menghadapi bencana terutamanya banjir yang dikhuatiri berlaku pada musim tengkujuh penghujung tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Bantuan Bencana Daerah, Datuk A Rahman berkata, latihanbersepadu yang melibatkan beberapa agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Triang, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Kesihatan Bera, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM) dan Pejabat Daerah Tanah Bera julung kali diadakan, dan latihan ini akan diteruskan pada masa akan datang. "Berdasarkan 'kejayaan' anggota penyelamat itu, boleh dikatakan kami sudah bersedia hadapi bencana banjir apabila apabila masing-masing bijak memainkan peranan. "Malah, sepanjang latihanjuga, semua peralatan seperti bot dalam keadaan baik," katanya. Latihan itu dilakukan di Jeti Kuala Bera menggunakan pendekatan menyelamatkan mangsa dengan menaiki bot berdasarkan pengalaman bencana banjir pada tahun 2007. Difahamkan, lokasi situasi kecemasan dirahsiakan sehingga mereka terima panggilan kecemasan bagi memastikan semua anggota dalam keadaan bersedia. 'Bilik Gerakan' turut diwujudkan di kawasan jeti untuk memberi latihan dan pendedahan kepada mereka ditugaskan di kawasan terbabit. "Bagi anggota penyelamat, saya percaya mereka sudah punyai latihan mencukupi untuk menyelamatkan mangsa berbanding dengan mereka yang berada di bilik gerakan. "Jadi, latihan ini juga boleh memberi gambaran sebenar dan pengalaman kepada yang akan ditugaskan di Bilik Gerakan nanti," kata beliau. #sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved