ads

Ahad, 20 Oktober 2013

06 di bukit tinggi - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di bukit tinggi - Google Blog Search


me as an amateur travel-holic: Padang - <b>Bukittinggi</b>, Indonesia <b>...</b>

Posted: 20 Sep 2013 06:45 AM PDT

Assalamualaikum... *wow, 2 entries per day*

Entri untuk Padang-Bukittinggi, klik sini
Entri untuk Padang-Bukittinggi (First day), klik sini.
Entri untuk Padang-Bukittinggi (Second day), klik sini.

Amaran: entri ini membacalah ye. Gambar kekurangan sebab penulis pegang supik banyak. haha *pegang supik orang, bukan supik sendiri*

Hari ke-tiga ni, kami menyusuri kawasan bandar Bukittinggi dengan menaiki angkot. Sasaran kami mudah, SHOPPING lagi.. ada 2 tempat menarik untuk shopping di Bukittinggi ni:

Kedua-dua tempat ini merupakan tempat membeli-belah yang famous dan barangan yang dijual lebih kurang, tapi harganya murah lagi di Pasar Aur Kuning. Korang pernah pergi Rantau Panjang or Wakaf Che Yeh kat Kelantan tu? Suasana lebih kurang, tetapi Pasar Aur Kuning lebih sesak dan besar. Untuk saranan aku, adalah lebih baik jika korang bawa payung untuk matahari yang terik/ kain basah lap muka wat basah muka yang kering/ surat khabar lama untuk buat alas duduk/ kipas untuk mengipas. 

Sementelah breakfast, kami bertanya pada receptionist tentang nombor angkotan untuk ke Pasar Aur Kuning. Untuk pengetahuan, angkot akan berhenti di mana-mana bahkan ditepi jalan bagi mengisi penumpang. So, jangan risau macam mana nak tahan angkot. Sebelum naik, tanya dulu pada driver tentang nak ke Aur Kuning. Mengikut kata receptionist tu, tahan di seberang jalan memandangkan sebelah jalan sana yang menuju ke Aur Kuning. If tahan sebelah sini pun bisa, tetapi dia bawa korang pusing-pusing dulu.

Kebanyakan angkot memang berhenti di Aur Kuning. Aur Kuning merupakan medan/ stasiun untuk penukaran angkot. Jadinya, bila dia dah tak bergerak and semua orang dah turun, korang turun sahaja. Kemudian, berjalanlah menyeberangi jalan besar (hati-hati sebab kenderaan terlalu banyak!) dan pasar terletak disebelah dalam dan agak tersorok. Macam kami, kami tiba awal. Kedai baru nak buka. Bila dah habis rupiah, kat luar tu penuh dengan orang berniaga. So, korang mesti tak sesat dalam nak pergi sini, inshaAllah. Masa adik aku berborak dengan driver angkot tu, dia diberitahu kalau nak naik angkot, naik yang tanpa pintu or terbuka sebab lebih selamat. Ada kes kena culik kat sini. Jadi, sila hati-hati ye.


Disini juga ada tempat solat dan makan. Untuk makan, aku tak berapa pasti kebersihannya sebab kami tak makan disini. Hehe. Tempat solat ada, cumaan campur laki-laki dan wanita. Yang bagusnya, bila tiba masuk waktu, pasti berduyun-duyun orang meninggalkan premis untuk solat. *thums up*. Pintu masuk dan keluarnya banyak dan kedai hampir serupa. If korang sesat, sila berjanji ditempat yang obvious spt kedai masakan padang sebelah orang jual kerepek and so on. Kalau berjanji dalam pasar sendiri, bisa sesat dan bisa bingung karena semuanya kelihatan sama aja. hehe.  


Boss ini kain untuk buat seluarnya cowok. Cewek yang sebelah kanan itu ya

Barang di beli secara grosir lagi murah compare dengan eceran. Grosir = pukal (3 dan ke atas), eceran = satu-satu. Hehe. If nak murah, beli 3 terus. Bahkan, disini juga ada kain-kain pasang yang cantik. Sulaman juga. Harga boleh jatuh sampai RM 20/ pasang untuk kain pasang (if borong banyak). Hari tu, bila aku ke Bandung sekali lagi (after Padang and Surabaya), aku dah buat comparison. Yang pertama murah shopping (barangan wanita spt kain pasang biasa, blouse, skirt, etc) adalah di Surabaya, diikuti oleh Padang-Bukittinggi dan lastly, Bandung. Mungkin Bandung banyak pilihan, tetapi harganya mahal dong..


Banyak pilihan dan murah-murah


Corak batik begini memang famous disini


Dah puas tawaf Pasar Aur Kuning, kami decide untuk ke Pasar Atas. Sambung habiskan sisa-sisa rupiah kat situ. Kami naik angkot juga, tapi firstly pulang ke hotel untuk solat dan bersihkan diri. After that, kami gerak ke Pasar Atas. Pasar Atas tutup jam 5, jadinya sila datang awal. Kami pulang dari Aur Kuning dalam jam 12 gitu, rehat sejam dua, terus shoot ke Pasar Atas. Untuk ke Pasar Atas, korang naik je angkot mana-mana sebab semua angkot lalu. Tapi macam biasa, tanya dulu. If kene tunggu seberang jalan, tunggu la seberang jalan.  

Angkot tu berhentikan kami dekat dengan Plaza Bukittinggi. Kat sini ada Ramayana. If korang selalu ke seberang, Ramayana ni memang agak terkenal kat sana. Kami singgah ke kedai yang menjual makanan masakan panas. After makan, aku dan kami sekeluarga berpendapat, jika berada di Bukittinggi, seeloknya minta makanan yang berada di darat. Bahagian seperti sotong dan udang usahlah minta kerana kurang segar. Mungkin kedudukan Bukittinggi yang jauh dari laut menyebabkan rasanya kurang mantap. Ke kedai yang aku makan tu yang begitu? Pendek kata, if bakso, memang tip top. Enak bangat!  

Dah kenyang, kami pusing Ramayana. Sudah pusing puas-puas, baru kami ke Pasar Atas. Menghabiskan rupiah-rupiah yang tertinggal. Aku dapatlah beli sehelai dua kain pasang sulam yang cantik-cantik. If korang tanya aku, apa bezanya antara sulaman di kedai sulaman dan di kedai Pasar Atas ni, aku pun tak berapa pasti. Mungkin jenis kainnya ataupun mungkin jenis sulamannya. Bergantung. Dah beli-beli, kami terus ingin kembali ke hotel. Tetapi hari hujan dengan lebatnya. Sudah, macam mana mahu pulang. Sementara menunggu hujan teduh, kami sambung jalan-jalan didalam Pasar Atas. Tiba-tiba, Riki call sebab nak beri resit bayaran daripada Aldi pada aku. Memang pada pagi tu, Aldi ada telefon sebab aku request nak bayar awal perkhidmatan mereka. Risau wang kami habis dibelanjakan *hehe*. So, semasa Riki call, kami tengah berteduh di KFC. Dia datang di situ dan bawa kami pulang ke hotel *free tau*. Sudah selesai urusan transaksi, kami berehat dan tidur dengan nyenyaknya.

Tu dia perjalanan kami berlima pada hari tanpa supir. Boleh survive punya. If tanya yang otai-otai travel, memang public jadi pilihan sebab murah dan luas pengalaman.  Aku memang agak cheapskate. Hehehe. Nanti aku sambung lagi ye. Banyak entri tertangguh ni. Surabaya and Perth masih menanti giliran. :)

p/s: Mak aku ada sebut menyesal beli blouse yang dijual di Pandai Sikek sehelai sahaja sebab kat sini harganya mencecah RM50. Disana, hanya RM20 - 30 at most. Kainnya tebal dan sulamannya halus. Ada tanda-tanda nak ke sini lagikah? hehe


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved