ads

Isnin, 21 Oktober 2013

06 di bukit tinggi - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di bukit tinggi - Google Blog Search


Ryha Feyzal: Sehari <b>di Bukit Tinggi</b>, Pahang

Posted: 23 Sep 2013 08:15 AM PDT

Saya ni jenis yang suka juga explore tempat-tempat baru especially tempat makan dan riadah. Cumanya saya prefer tempat yang berbajet rendahlah kan? Hari Ahad beberapa minggu lepas tetiba je hati terdetik nak ke Bukit Tinggi di Pahang tu. Kebetulan KL dengan Bukit Tinggi ni tak jauh jadi bolehlah balik hari je sebab menurut cerita kawan-kawan, kalau bermalam di sana, poket kena tebal sikitlah sebab rate harga di sana setanding dengan Euro. Tapi memang pun, sebotol air mineral kat atas tu sama harga dengan 2-3 botol harga air mineral kat KL ni. Jadi, pada sesiapa yang nak ke sana dan nak save budget, eloklah bawak stok minuman dan makanan siap-siap ok.

Perjalanan dari KL ke Bukit Tinggi mengambil masa lebih kurang 45 minit je. Sesiapa yang pernah ke  Genting Highlands mungkin boleh agak di mana lokasi Bukit Tinggi ni. Sepanjang perjalanan ke sana, fikiran rasa tenang sangat. Husband kata keadaan jalan nak naik ke Bukit Tinggi ni lebih ok daripada jalan nak naik ke Genting in term of kecerunan dan bengkang bengkoknya tu. Saya tak boleh nak bagi comparison sebab saya rasa macam lebih kurang je.
Untuk masuk ke Bukit Tinggi ni kita kena bayar RM12 untuk dewasa. Untuk kanak-kanak dan warga tua saya tak pasti. Pada saya harga tiket ni murah sebab boleh pergi banyak tempat kat dalam tu. Pada yang suka aktiviti lasak, anda boleh cuba flying fox terpanjang di Asia (kalau tak salahlah) dan beberapa aktiviti lain seperti canopy walk, paintball, abseiling TETAPI aktiviti lasak ni TAK TERMASUK dalam pakej tiket RM12 tadi tau. Yang ni kena bayar berasingan. Kepada yang berminat tu, bolehlah cuba. Nampak macam best je.

Disebabkan hari tu kami sampai lewat iaitu pukul 4 lebih, kami pergi Japanese Village tu dulu sebab tempat tu nak tutup.pukul 5-6 camtu la. Pemandangan kat sana sangatlah cantik dan mendamaikan jiwa. Lepas tu kami pergi ke tempat ala-ala Europe tu. Seni binanya sangat cantik dan feeling Eropah sangat. Walaupun belum ada rezeki nak ke Eropah, at least ke bukit tinggi pun dah rasa macam nak speaking French. Lama jugak kami spend time kt situ untuk bergambar.

Bila jam dah pukul 6.30, kami pun decide utk turun sbb risau nanti gelap, susah pulak nk drive turun bukit. Husband kata rugi je datang lewat petang tu, patutnya kena datang sejak pagi. Overall, kami rasa mcm akan datang sini lagi untuk relax. Tempat ni memang bestlah cuma harga barang, makanan dan penginapan agak 'Europe' tapi takpe, bukan selalu pun kan?

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved