ads

Sabtu, 12 Oktober 2013

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search


mangsa culik dalam but kereta <b>di cameron highland</b> bukan anak vip

Posted: 08 Oct 2013 09:30 AM PDT

BENTONG, 8 Okt (Bernama) -- Polis hari ini menjelaskan insiden dua mangsa disamun dan dilarikan di sebuah hotel di Genting Highlands dua hari lepas, tidak melibatkan orang kenamaan seperti yang diperkatakan di laman sosial dan blog sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohd Mansor Mohd Nor berkata siasatan polis mendapati mangsa lelaki berumur 19 tahun itu merupakan penjual jualan langsung peralatan memasak dan merupakan anak seorang peniaga restoran di Subang Jaya, Selangor.

"Mangsa wanita berumur 26 tahun pula bekerja sebagai jurujual jualan langsung produk kecantikan dan anak kepada peniaga umpan pancing," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong di sini pada Selasa.

Dalam kejadian Ahad lepas, polis menahan empat suspek termasuk seorang wanita, kerana dipercayai menyamun sebuah kereta Proton Perdana yang dinaiki kedua-dua mangsa di sebuah hotel di pusat peranginan itu.

Mohd Mansor berkata siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti motif kejadian.

Kesemua suspek direman tujuh hari sehingga Ahad ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan dan Seksyen 342 kerana mengurung secara salah.

-- BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved