ads

Rabu, 23 Oktober 2013

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search


TERKINI! FOTO TRAGEDI BANJIR <b>DI CAMERON HIGHLANDS</b>

Posted: 23 Oct 2013 02:54 AM PDT

KEADAAN kawasan sekitar tebing Sungai Bertam dekat Ringlet, Cameron Highlands selepas dilanda banjir mengakibatkan dua pekerja warga asing terbunuh manakala beberapa lagi dipercayai masih hilang.
Berita terkini..tanah runtuh dan banjir di bertam valley, Cameron Highlands. Setakat ini baru jmpa 4 orang yang sudah mati..200 orang lagi hilang dan masih tak jumpa lagi...
Marilah kuta doakan supaya mangsa semua selamat...sekian buat masa ni


3 Maut, 2 Hilang Dalam Banjir Lumpur <b>Di Cameron Highlands</b> - TV3

Posted: 22 Oct 2013 10:19 PM PDT

Berita Terkini < Kembali ke Berita Terkini

23 Oct 2013, 01:19pm by SITI NORFAIRUZ S. MOHAMED



Kejadian banjir lumpur di Cameron Highlands, Pahang.

Sehingga pukul 1 tengahari tadi, tiga mangsa disahkan maut manakala dua lagi di laporkan hilang dalam kejadian yang berlaku kira-kira 1 pagi tadi.

Ketua Polis Cameron Highlands, DSP Wan Mohd Zahri Wan Busu ketika dihubungi memaklumkan, kejadian berpunca apabila empangan sultan abu bakar tidak dapat menampung limpahan air berikutan hujan lebat.

Keadaan itu juga meyebabkan air melimpah ke Sungai Lembah Bertam, Ringlet serta beberapa kawasan sekitar.

Sehingga kini operasi menyelamat masih diteruskan.

Seramai 212 anggota dari Kontingen Polis Diraja Malaysia, Pasukan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat.

Lalu lintas juga dilaporkan terkawal namun agak sesak.


Gambar Mangsa, Tempat Kejadian Banjir Lumpur <b>Di Cameron</b> <b>...</b>

Posted: 23 Oct 2013 06:59 AM PDT


Kira-kira 80 rumah di pinggir Sungai Bertam dekat Cameron Highlands dihanyutkan arus deras apabila air di empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet yang dilepaskan, melimpah secara mendadak awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Mohd Zahari Wan Busu berkata mangsa yang dijumpai lemas dikenali sebagai Jahangir, 30-an warga Bangladesh dan seorang wanita Indonesia dikenali sebagai, Kesmat, 46 tahun.
"Usaha mencari seorang lagi wanita Indonesia berusia 17 tahun yang hilang masih dijalankan," katanya ketika dihubungi Bernama di Kuantan hari ini.
Beliau berkata dalam kejadian awal pagi ini, air empangan di Ringlet itu terpaksa dilepaskan bagi mengelak empangan itu pecah berikutan hujan lebat yang berterusan sejak 7 petang semalam.
Beliau berkata dianggarkan 100 kenderaan turut rosak teruk dalam kejadian itu.
"Pelepasan air empangan pertama dibuat pada 12 tengah malam diikuti pada jam 1 pagi dan seterusnya pada 2.45 pagi yang menyebabkan air di Sungai Bertam melimpah secara mendadak dan menyebabkan banjir kilat," katanya.
Mohd Zahari berkata seramai 20 keluarga di kawasan berkenaan telah dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Ringlet.
"Kedua-dua mayat mangsa kejadian itu dihantar ke Hospital Sultanah Kalsom, Cameron Highlands," katanya.
Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat dijalankan seawal jam 7.30 pagi ini selepas mendapat maklumat berhubung kejadian itu.
"Seramai 243 anggota penyelamat terdiri daripada polis, pasukan bomba dan penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) terlibat dalam operasi itu," katanya. 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved