ads

Ahad, 27 Oktober 2013

06 di cherating - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di cherating - Google Blog Search


5 peserta konvoi motosikal cedera kemalangan <b>di Cherating</b>

Posted: 15 Sep 2013 07:42 AM PDT

Keadaan pasangan yang tersepit di bawah kenderaan pacuan empat roda selepas kemalangan di Chendor, Cherating in Pahang. - Foto NST

Keadaan motosikal yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang menyebabkan lima orang cedera. - Foto NST

Peserta konvoi yang lain membantu menyelamatkan mangsa-mangsa yang tersepit di bawah kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan di Chendor, Cherating, Pahang. - Foto NST


KUANTAN: Lima peserta konvoi cedera dalam satu kemalangan yang membabitkan empat motosikal berkuasa tinggi dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux di KM43, Jalan Kuantan-Kemaman berdekatan Chendor, Cherating, Pahang hari ini.

Mereka adalah sebahagian dari peserta konvoi "Malaysia Ride" yang terdiri dari 60 buah motosikal yang memulakan perjalanan dari Pulau Pinang mengelilingi semenanjung untuk berkumpul di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur sempena sambutan Hari Malaysia Day esok.

Dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu, mereka sedang dalam perjalanan dari Terengganu ke Melaka apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda membuat pusingan U, menyebabkan mereka melanggar kenderaan tersebut.

Perlanggaran itu menyebabkan satu pasangan yang menaiki salah sebuah motosikal tercampak dan tersepit di bawah kenderaan pacuan empat roda tersebut.

Menurut seorang jurucakap konvoi, Mohd Rizal Ismail, berusia 30an berkata, pemandu kenderaan pacuan empat roda tersebut panik dan cuba melarikan diri namun beberapa peserta konvoi dan orang ramai berjaya menahannya dari terus memandu kenderaannya.

Dia berkata kelima-lima mangsa, yang mengalami beberapa kecederaan dan lebam, dibawa ke Hospital Kemaman, Terengganu dan dilaporkan berada di dalam keadaan stabil.

Rizal berkata konvoi berkenaan merancang untuk berhenti makan tengah hari di Kuantan sebelum bermalam di Melaka dan bertolak ke Kuala Lumpur keesokan harinya.

"Mungkin sebahagian dari kami akan meneruskan perjalanan ke Melaka manakala yang lain akan pulang ke Pulau Pinang. Bagaimanapun, saya bersyukur kerana kesemua mangsa selamat," katanya sambil menambah yang keempat-empat motosikal yang terlibat dalam kemalangan itu rosak teruk.

Ketua Polis Daerah Superitendan Abdul Aziz Ahmad berkata polis akan mengambil keterangan dari pemandu Toyota Hilux tersebut dan mangsa-mangsa yang cedera untuk membantu siasatan.

Sumber NST 15 Sep 2013

Lima peserta konvoi parah

KUANTAN - Lima peserta konvoi 'Malaysia Ride', dalam perjalanan menjelajah empat buah negeri sempena sambutan Hari Malaysia cedera parah selepas empat motosikal ditunggang mereka dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan di Kilometer 43 Jalan Kuantan-Kemaman berhampiran Cherating, dekat sini, tengah hari semalam.

Dalam nahas kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, ada mangsa mengalami patah kaki dan tangan selepas tercampak ke atas jalan akibat rempuhan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dipandu seorang lelaki.

Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kemaman untuk menerima rawatan dan mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Seorang peserta konvoi, Mohd Rizal Ismail, 30-an berkata, peserta konvoi terdiri daripada 60 motosikal membabitkan 80 penunggang dan pembonceng berkonvoi dari Kuala Terengganu, Terengganu ke Melaka dan merancang untuk singgah di bandar Kuantan untuk makan tengah hari.

Menurutnya, mereka semua bermula dari Pulang Pinang  dan sempat menjelajahi beberapa bandar sekitar pantai timur dalam perjalanan ke Melaka seperti yang dirancang.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, saya ternampak sebuah kenderaan pacuan empat roda  dari arah bertentangan memasuki sedikit laluan kami sebelum pemandunya membuat pusingan U secara tiba-tiba.

"Tindakan pemandu terbabit menyebabkan kenderaan dipandu merempuh empat motosikal peserta konvoi yang berada di belakang saya," katanya.

Mohd Rizal berkata, dia  melihat rakan-rakan yang terlibat bergelimpangan di atas jalan dan menjerit kesakitan akibat kecederaan parah dialami.

Dia berkata,  pemandu Toyota Hilux itu kelihatan panik dan difahamkan cuba untuk melarikan diri namun dihalang oleh beberapa orang awam yang berada di tempat kejadian.

Mohd Rizal berkata, mengikut perancangan, akan berkonvoi dari Terengganu menuju ke Melaka semalam sebelum singgah di Dataran Merdeka hari ini bagi meraikan sambutan Hari Malaysia.

"Kami semua dari Pulau Pinang dan berkonvoi ke Terengganu semalam (kelmarin) dan merancang untuk ke Melaka hari ini (semalam).

"Selepas kejadian ini, sebahagian peserta konvoi ini akan meneruskan perjalanan ke Melaka dan kemungkinan sebahagian lagi mengambil keputusan  pulang ke Pulau Pinang," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Superintendan Abdul Aziz Ahmad mengesahkan kejadian itu dan siasatan masih dilakukan mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sinar Harian 16 Sep 2013

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved