ads

Jumaat, 18 Oktober 2013

06 di chini - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di chini - Google Blog Search


Misteri Piramid <b>di</b> Tasik <b>Chini</b>, Pahang - Selamat Tinggal - Blogger

Posted: 22 Apr 2013 09:34 PM PDT


MISTERI PIRAMID DI TASIK CHINI, PAHANG
Menurut laporan News Straits Time pada 10 Disember 2007 telah melaporkan bahawa terdapat piramid berdekatan Tasik Chini di Pahang. Piramid tersebut yang kini menjadi sebuah bukit yang dipenuhi hutan belantara berkemungkinan dibina pada kurun ke-12 oleh empayar Khmer kuno yang memerintah dari tahun 802M hingga 1432M dan berkemungkinan piramid ini merupakan peninggalan terakhir sebuah bandaraya kuno empayar Khmer kuno yang tenggelam di bawah aras laut sewaktu kurun ke-15. Kini kawasan di sekitar bukit tersebut telah diterangkan untuk memberi ruang kepada aktiviti pertanian di sekitar. Beberapa serpihan mangkuk porselin telah ditemui di sekitar bukit tersebut dan menguatkan lagi bukti bahawa kawasan tersebut suatu masa dahulu merupakan sebuah kawasan peradaban yang pesat. Ianya berkemungkinan sebuah bandar yang wujud sewaktu kegemilangan empayar Khmer (Kemboja). Menurut catatan sejarah, ibukota empayar Khmer ialah di Siem Reap dan berkemungkinan di Tasik Chini kini merupakan antara kota jajahan takluk empayar tersebut.
Menurut penduduk tempatan iaitu Ahmad Najib, 57 dan isterinya, Pauziyah Abdullah, 49, mereka pernah menaiki kenderaan mereka melalui kawasan sekitar bukit tersebut dan mereka menemui beberapa kawasan tanah jerlus seakan-akan terdapat ruangan kosong di bawah tanah sehingga menyebabkan tanah di kawasan tersebut jerlus.
Pada 1998, Professor Datuk Dr Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman yang merupakan salah seorang dari penyelidik di UKM telah menjalankan ekspedisi kajian di sekitar Tasik Chini tersebut. Namun setelah ekspedisi selama 2 minggu diadakan, mereka terpaksa memberhentikan ekspedisi kerana kekurangan peruntukan kewangan. Namun apa yang menarik mereka memberitahu mereka sempat menggali di sekitar pinggir Tasik Chini dan mereka menemui sebuah bongkah batu besar yang tertimbus separuh di dalam tasik dan separuh di daratan. Menurut beliau, berkemungkinan piramid tersebut kini berada separuh di bawah tanah dan di dalam Tasik Chini.
 Sebuah bukit di sekitar kawasan Tasik Chini, Pahang


Sebuah lagi struktur bukit yang tirus di hujungnya seakan-akan sebuah piramid dengan struktur yang sedikit pelik berhadapan dengan Saufiville Resort, Janda Baik, Pahang.


Gunung Balokong Indonesia

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved