ads

Rabu, 23 Oktober 2013

06 di chini - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di chini - Google Blog Search


I am Nurul : Bertapa seminggu <b>di Chini</b>, Pahang

Posted: 30 Sep 2013 09:16 PM PDT

I'm back after seminggu bertapa di Chini, Pahang. Semua demi perkahwinan Cik DA. Selamat Pengantin Baru Cik DA!!! Sekarang status dah bertukar so kena la panggil Puan DA pas ni. Sedih kot kawan baik dah kahwin. Buktinya, masa nikah mengalir jugak air mata aku nengok.. sobs..sobs.sobs... Pas tu laju-laju aku cover tak mau bagi orang nampak. Maluuu.... hehehe..

   Ramai jugak yang terkejut bila aku cakap aku bertapa seminggu sebelum kenduri sehingga setel majlis kenduri. Kira aku ni jadi orang kuat la..hahaha.. Kenapa sampai seminggu? Awalnya plan nak ke rumah Puan DA 3 atau 4 hari je  tapi aleh-aleh Puan DA nak ambil i kat rumah memandangkan dia berada di Peneng ketika itu. Alang-alang dah kan, ikut je la.. Perjalanan dari Kulim-KL lebih kurang 4 jam. KL-Felda Chini pun makan masa lebih kurang jugak. Parent dan adik-beradik Puan DA pun aku dah kenal sebelum ni. Keseganan tu kurang la sikit. Ayah dan mak Puan DA memang ohsem! Mereka pesan kat aku suruh buat macam rumah sendiri. Memang aku buat betul-betul macam rumah sendiri pun. Asal lapaq je, pergi cari sendiri makan kat dapuq.. Gila muka tak malu! Kalau aku hilang, Puan DA cari aku kat dapuq je.. hahaha.. Tambah tragis, nafsu makan aku melonjak naik masa kat rumah Puan DA.

   Kenduri Puan DA sepenuhnya dikendalikan oleh orang kampung. Memang agak busy. Kalau kenduri kat rumah aku selalu orang guna khidmat katering je. Aku buat la apa yang patut sebelum dan sepanjang majlis. Buat macam rumah sendiri kannnnnn..... hahahaha... Malam sabtu berlangsung majlis nikah. Puan DA dinikahkan sendiri oleh ayahandanya. Akhirnya, sah!

 

 

 

   

 

 

   Majlis persandingan pada hari sabtu juga berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit adegan kalut-malut. Cuaca pun ok. Tambah meriah dengan kehadiran kawan-kawan masa belajar di UM. Aku ni bukan boleh, kalau jumpa geng-geng UM mesti ada ja benda nak borak. Pas tu gelak ramai-ramai.. Yang pasti, muka geng-geng UM ni la paling banyak muncul dalam video wedding Puan DA. Memang happening!

 

 

 

 




#Hantaran pengantin laki kepada pengantin perempuan 

 



   

 

 

   Sesi outdoor pulak berlangsung di Tasik Chini. Rumah Puan DA dengan Tasik Chini tak jauh pun. Lebih kurang 10-15 minit perjalanan menaiki kereta. Part ni memang paling best sebab memang aku tak pernah lagi sampai ke Tasik Chini. Tambah pulak naik bot free of charge. Tambang naik bot round Tasik Chini kalau tak salah rm70 sejam per bot. Satu bot boleh memuatkan 4 orang penumpang. Kemudian singgah kejap kat perkampungan orang asli. Sempat try menyumpit.. Paling tak tahan, sumpitnya ada satu je. Yang guna tu ramai. Macam-macam rasa dan bau ado...errkk.. Yang sukakan nature, boleh la datang ke Tasik Chini, Pahang. Aku perasan yang stay kat sana mostly mat dan minah saleh je. Tetiba pulak teringat kenangan pergi ke Taman Negara suatu ketika dulu. Mana tahu ada jodoh sampai la aku kat sana lagi....

 

 

 

 




   Perasan tak laki dengan minah mat saleh dalam gambar di bawah ni?Malu pulak aku nak cerita kisah memalukan ni..hahaha.. Aku langsung tak budget laki ni orang melayu. Dari jauh aku dah nampak kelibat mereka dengan anak-anak orang asli lepak dekat jeti. Keramahan aku membuatkan aku nak tegur la minah saleh ni. Aku pun speaking la tanya asal mana dan duduk berapa hari kat sini. Dia pun reply yang dia asal dari German. Ntah macam mana laki tu cakap minah mat saleh tu couple dia dan dia boleh cakap dan faham bahasa melayu. Malunyaaa!!!! (sambil blah dari situ laju-laju).













 

 

 

Insyaallah kita bertemu lagi nanti kawan-kawan

 

 

 

 

Akhir sekali.......

Thanks Pak cik Ishak (ayah Puan DA) sebab bagi duit raya. Mudah-mudahan pak cik sentiasa dimurahkan rezeki hendaknya. Insyaallah saya akan ingat layanan pak cik sekeluarga sampai bila-bila. Maaf sebab habiskan makanan kat rumah pak cik..hahaha... 









~The End~

 

 

 

 

 

 

 

#Rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved