ads

Selasa, 15 Oktober 2013

06 di gebeng - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di gebeng - Google Blog Search


APMM <b>Gebeng</b> Pasang Radio Komunikasi Bantu Nelayan Diancam <b>...</b>

Posted: 05 Sep 2013 06:33 PM PDT

KUANTAN, 5 Sept (Bernama) — Bagi  memastikan tindakan segera boleh diambil oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terhadap sebarang ancaman kepada nelayan tempatan, sistem radio komunikasi akan ditempatkan di bilik gerakan APMM di Gebeng di sini.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM Laksamana Madya Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar berkata sistem perhubungan seperti walkie-talkie itu akan disumbangkan oleh Persatuan Nelayan Pahang sendiri kepada APMM.

Katanya, ancaman nelayan asing ke atas nelayan tempatan kini semakin berleluasa sehinggakan nelayan sekitar Kuantan dan Pekan bimbang untuk turun ke laut.

"Sistem perhubungan ini akan dipinjamkan persatuan nelayan kepada kita dan ia akan dipasang segera.

"Sebelum ini laporan ancaman hanya kita terima selepas nelayan kembali ke darat iaitu selepas empat atau lima jam kejadian berlaku jadi dengan adanya sistem komunikasi ini kita yakin tindakan pantas dapat diambil pihak kita," katanya kepada pemberita selepas mengadakan dialog bersama Persatuan Nelayan Pahang di sini hari Khamis.

Beliau berkata radio komunikasi itu yang berkeupayaan menghubungkan kedua-dua pihak melebihi jarak 50 batu nautika telah digunakan oleh nelayan di kawasan perairan pantai barat.

– BERNAMA

Share and Enjoy

You can leave a response, or trackback from your own site.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved