06 di janda baik - Google Blog Search |
sudipVSsenduk: Le' Manah Retreat <b>Janda Baik</b> - PART 1 Posted: 03 Oct 2013 02:00 AM PDT . Kami sekeluarga dah sampai sini :) Anda bila lagi? Sekali lagi Janda Baik jadi destinasi pilihan utk family gathering selepas Saujana Chemperoh. Sampai Le' Manah, Pak Teh & Mak Teh selaku 'caretaker' dah tersenyum lebar utk mulakan breafing... hahaha, just kidding. Tempatnya cantik, luas serta serba lengkap. Ada badminton court, tennis court, meja ping-pong, bbq pit, kolam ikan, padang, sungai, kolam kanak-kanak dan basikal bagi yg berminat utk keliling kampung. tiada aksi tarik rambut utk berebut bilik ok, sebab ada 7buah semuanya. Ruang tamu yang sangat luas, siap boleh main galah panjang Dapur yang lengkap dengan petiais, mesin basuh, gas stove, peralatan memasak, pinggan mangkuk bla bla bla... Complete. Syarat yg perlu dipatuhi... siapa tak makan, tak boleh mandi pool / sungai. Lunch kami buat pot luck, senang & jimat masa. Chef Jaw bawak ikan keli goreng 15ekor, sup kaki ayam, terung goreng berlado & daun kayu masak tempoyak. Chef Alis masak sambal tumis udang petai, asam pedas dgn ape entah. sVs cuma bawak nasi 2periuk & tempe goreng kicap... demam beb, tak larat nak masak. Chef Maria masak sup ayam, sayur campur & her signature dish - ikan bako. Ikan cencaru, pari, kembung, jenahak, siakap, senohong, gelama, ikan duri... semua dia bakor. Amar sponsor durian kampung dr Pahang, D24 & Musang King.. baik punya!! Makan 3 ulas dah kenyang.. cisss it's finger lickin good... kata Atok Bak Eeeee... geramnya!! bila la Abid dapat mandi sungai mcm dia org semua ni?!... Seperti biasa, petang ada telematch. Kita panaskan badan dulu sebelum mulakan acara. Penyokong A telah mempertikaikan keputusan pengadil dalam acara isi air dalam botol..... bagi buku5 je ! Acara utk ibubapa... ambil jeli guna chopsticks. Nampak mcm senang tapi susah wooo. see... ada yg guna tangan! TIPU!! Habis telematch, berendam lagi dan lagi dan lagi.. 6.30pm kaum bapa mula setting utk bbq. Segala haiwan yg dibakar telah ditaja oleh Maksu Fiza. TQ :) Hidangan malam tu adalah spaghetti bolognese dari Chef Ayu, bbq ayam & daging dgn homemade black pepper sos serta nasi dan lauk ikan bakar. Buurrrp... Alhamdulillah atas rezeki yg Allah berikan. "Killer" of the night - Soda Lemon Herbs. Masak air gula dgn serai, 5 asam boi, 3 serai diketuk, 1 botol air soda, 1/2 tin air longan & isinya, daun pudina, lemon dihiris,air dan ais... humban semua dalam bekas & godeh-godeh - siap Sila abaikan baju, tuala, spender & alas kaki yg bergantungan. Rupa khemah pelarian Rohingya pun ada.. huh Malam tu, kaum adam sibuk tengok bola dan kanak-kanak ribena berkumpul main permainan ala-ala jumanji. Dan inilah dia masterchef yang bertungkus lumus menyediakan hidangan sepanjang hari. |
You are subscribed to email updates from di janda baik - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen