ads

Rabu, 23 Oktober 2013

06 di jengka - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di jengka - Google Blog Search


Dua wanita antara 65 penagih dadah ditahan <b>di Jengka</b> <b>...</b>

Posted: 11 Sep 2013 03:58 PM PDT

Posted on September 12, 2013, Thursday

MARAN: Polis menahan 65 penagih dadah termasuk dua wanita berusia lingkungan 20-an dalam Operasi Tapis Bersepadu (OTB) di kawasan ladang Jengka 9 dan Jengka 13 dekat sini, kelmarin.

Operasi yang bermula jam 4 pagi dan berakhir 6 petang itu diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang, Supt Yap Toon Khuan dengan bantuan lima pegawai dan 58 anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Maran, Temerloh, Jerantut, Lipis, Kuantan, Unit Marin, Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 dan Jabatan Siasatan Jenayah IPK Pahang.

Menurut Yap, seorang daripada wanita terbabit dipercayai pengedar dadah yang disabitkan dengan kesalahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah jenis heroin seberat 23 gram.

Katanya selain menahan kesemua mereka yang berusia di antara 21 hingga 51 tahun itu, polis turut merampas beberapa paket dibaluti plastik dipercayai jenis dadah dan picagari dipercayai digunakan dalam aktiviti penagihan dadah.

"Dua lokasi ladang sawit itu dipilih penagih yang kesemuanya penduduk tempatan untuk melepaskan gian kerana jaraknya yang agak jauh daripada pandangan orang ramai," katanya.

Beliau berkata, selain terbabit dengan penyalahgunaan dadah, polis percaya ada di antara suspek yang bergiat aktif dalam kes pecah rumah di sekitar kawasan berdekatan.

Ini ekoran penemuan enam bilah parang, pemutar skru dan beberapa alat lain yang digunakan untuk kegiatan itu bersama suspek yang ditahan.

"Kita juga merampas 50 buah motosikal yang dinaiki suspek dan dibawa ke balai untuk dilakukan pemeriksaan bagi memastikan sama ada ia adalah hakpersendirian atau dicuri," katanya. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved