ads

Ahad, 13 Oktober 2013

06 di jerantut - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di jerantut - Google Blog Search


PAS Kawasan <b>Jerantut</b> dapat YDP Baru Dan Paling Muda <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 04 Oct 2013 11:31 PM PDT


PAS Kawasan Jerantut kini telah mempunyai YDP yang baru hasil pemilihan yang berlangsung pada hari ini 5 Oktober 2013 di KIAS Temin . Ustaz Yohanis  pernah menjadi calon PAS DUN Pulau Tawar dalam PRU13 . Masa untuk berubah . PAS Jerantut perlukan perubahan . PAS Jerntut perlukan idea-idea baru . PAS Jerantut perlukan tenaga baru .

Inilah dia orangnya yang akan sentiasa berada dalam bayangan Ketua UMNO Bahagian Jerantut sepanjang 10 tahun akan datang . Kenapa 10 tahun ? Yohanis masih muda , umurnya baru 35 tahun , beliau mampu mengariskan halatuju untuk PAS Jerantut untuk 10 tahun akan datang . Wawasan beliau adalah wawasan jangka panjang . Bermula tahun 2014 sebagai tahun menawan Jerantut . Setiap rumah ahli pas juga akan dipastikan melanggan Harakah sebagai sumber maklumat utama parti dan dewan dewan utama seperti Pemuda , Ulamak dan Muslimat akan diperkasakan disamping program tarbiyah akan diperkasakan . Beliau ada di Jerantut beliau menetap di Jerantut , sudah tentu senang untuk beliau mengerakkan wawasan dan mengerakkan jentera beliau .

Terima kasih kepada Dr Hamzah Jaafar yang telah menginfakkan diri beliau sejak beberapa tahun bermula sebagai AJK kemudian setiausaha dan seterusnya sebagai Timbalan dan pada tahun 2007 sebagai YDP . Dr Hamzah juga menjawat jawatan Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri pahang sejak beberapa tahun yang lepas .

Terima kasih arwah YB Malek Yusof yang telah menaikkan nama PAS Jerantut di persada negeri Pahang sebagai Naib YDP Pas Jerantut  kemudian sebagai YDP PAS Jerantut dan pernah menjadi Setiausaha PAS Negeri Pahang sebelum tahun 2000 dulu .

Terima kasih kepada arwah Tuan Haji Husin Said dan jawatankuasanya yang membawa  PAS ke Jerantut dengan cawangan pertama Tebing Tinggi pada 1958. Terima kasih kepada Abd Moin Said yang sudi menjadi calon PAS pertama bertanding di DUN Jerantut pada tahun 1959 . Terima kasih kepada Hamzah Dahaman orang yang menjadi calon Bebas DUN Jerantut  melawan Perikatan dalam tahun 1955 , Terima kasih kepada Solahuddin Mohd Ali yang menajdi calon PAS pada tahun 1964 (dun) dan 1969 (dun) dan 1978 (parlimen) . Terima kasih kepada Abdul Wahab Imam Sulong yang menjadi calon PAS pertama parlimen Jerantut pada tahun 1974 . Dan tak lupa kepada Syed Ibrahim yang menjadi calon PAS parlimen Jerantut dari tahun 1982 , 1986 , 1990 , 1995 dan 1999.
Terima kasih kepada Tuan Haji Abu Bakar Talib yang berjaya menyusun gerak kerja yang tersusun sehingga berjaya mendaftarkan PAS Kawasan Jerantut di ROS secara rasmi pada 26 Januari 1988 .
Terima kasih kepada Syed Ibrahim Syed Abd Rahman dan barisan AJK nya yang berjaya mengerakan PAS Kawasan Jerantut sebagai barisan jawatankuasa pertama PAS Kawasan Jerantut yang dipilih dalam mesyuarat Agong Pertama pada 28 Februari 1988 .
Semua barisan kepimpinan PAS Jerantut bermula dengan dipimpin oleh orang muda dan kini tiba giliran Yohanis sebagai orang muda memimpin PAS Kawasan Jerantut . 
Jerantut dan Temerloh memang sejak sebelum merdeka terkenal mempunyai orang muda yang hebat dalam mencetuskan gerakan gerakan reformasi . PAS Jerantut telah diketuai oleh 4 YDP dengan 2 dari golongan lulusan sekolah inggeris dan dua dari lulusan sekolah kebangsaan . YDP pertama adalah peguam lulusan London , YDP kedua adalah aktivis lulusan sekolah Inggeris , YDP ketiga pensyarah lulusan Al Azhar dan YDP sekarang adalah aktivis lulusan Al Azhar . 
Semoga PAS Jerantut dibawah kepimpina Ustaz Yohanis akan terus maju . Tahniah dan Takziah dari blog p81 kepada kepimpinan baru PAS Jerantut.

YDP : Yohanis Ahmad
TYDP : Yousliyddy Desa
NYDP : Abdul Rahman Teh
Ketua Urusan Ulamak : Alias Mahmud
Ketua Pemuda : Ustaz Zakhwan Ahmad Badardin
Ketua Muslimat : Roskhainuazmani Razab

Dan tahniah dan takziah juga kepada Mohamed Wahid yang berjaya membuat comeback pada usia 52 tahun ke pesada kepimpinan PAS Kawasan Jerantut sebagai AJK kawasan . Untuk pengetahuan Mohamed Wahid adalah salah seorang barisan AJK Jawantankuasa Penaja Penubuhan PAS Kawasan Jerantut pada tahun 1988 dahulu . Pada ketika itu beliau adalah ajk pas yang paling muda dalam jawatankuasa tersebut iaitu berumur dalam 26 tahun . Beliau memang benar benar seorang aktivis PAS .

Yohanis dilahirkan di Kg. Kedondong, Pulau Tawar (1978). Graduan Universiti Al Azhar dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Usuluddin & Dakwah (Hadis).Berpengalaman sebagai Pengurus Pentadbiran Firma Guaman MK Othman & Co, KL dan Trainer di East Management & Consultant KL. Pen. SU Lajnah Tanah PAS Pusat, Exco Dewan Pemuda PAS Pahang, Pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS Pahang, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Pahang (ANAK) dan bekas Setiusaha PERKIM Selayang Baru.
Siapa pula yang akan menerajui UMNO Bahagian Jerantut ? Kita tunggu 26 Oktober 2013 nanti. Adakah Team Wan Amizan akan kekal atau Team Cikgu Nazlan akan menerajuinya ? Kenapa blog p81 tak kata team Tengku Lan . Sebab Tengku Lan hanyalah proxy kenapa Wan Amizan dalam politik Jerantut muktahir ini . Wan Amizan seorang ahli politik yang bijak . Beliau seperti Najib yang bijak mengatur langkah . Diam diam kucing . Ada peluang cekau . Cikgu Nazlan gelojoh tak sabar . Tapi kekadang orang gelojoh yang menang bila ada isu besar yang tidak dapat ditanggani dengan berkesan oleh pihak lawan . Nasib lah !!!!

Sebagai kenangan inilah calon calon yang pernah bertanding mewakili PAS di DUN dalam Parlimen Jerantut :


Jamilah mahu memperkasa Puteri UMNO <b>di Jerantut</b> | <? bloginfo <b>...</b>

Posted: 06 Oct 2013 07:00 AM PDT

October 6, 2013   ·   21 Comments

KUANTAN

KUANTAN 6 Okt. – Calon Ketua Puteri UMNO Bahagian Jerantut, Jamilah Jaafar, 32, berazam memperkasa golongan wanita muda di bahagian berkenaan supaya bukan sahaja lebih memahami malah matang dalam berpolitik.

Jamilah yang juga Ketua Penerangan Puteri UMNO Bahagian Jerantut berkata, beliau ingin memastikan tiada lagi persepsi golongan wanita muda tidak matang dalam berpolitik dan hanya sekadar penyeri dalam parti.

"Berbekalkan pengalaman yang saya ada dalam parti, saya rasa saya mahu mengambil peluang ini (bertanding Ketua Puteri UMNO bahagian) untuk terus mengemudi Puteri UMNO Bahagian Jerantut.

"Saya akui, ini tugas yang berat dan mencabar, tetapi saya yakin mampu melaksanakannya demi memastikan Puteri UMNO terus segar dan bukan sekadar penghias dalam parti," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Dalam pemilihan parti bulan ini, jawatan Ketua Puteri UMNO Bahagian Jerantut akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Jamilah, Nor Shafinaz Mohd. Azman dan Rosffazaleen Abdul Rahman.

Jamilah berkata, beliau akan memastikan lebih ramai golongan muda profesional menyertai Puteri UMNO Bahagian dan mengembalikan keyakinan wanita muda untuk bersama-sama memperjuangkan maruah serta martabat agama, bangsa dan negara.

"Golongan wanita muda terutama ahli puteri UMNO perlu diperkasakan demi mewujudkan keharmonian dan sifat kekeluargaan dalam melakukan tanggungjawab bersama terhadap masyarakat," katanya.

Mengenai pertandingan tiga penjuru merebut jawatan tersebut, beliau yang lebih mesra dalam kalangan ahli Puteri dengan panggilan JJ berkata, perkara itu memperlihatkan proses demokrasi yang sihat dalam UMNO.

"Saya menawarkan diri apabila ada kekosongan setelah penyandang, Datuk Hartini Abd. Rahman tidak mempertahankan jawatan kerana faktor umur," katanya. – UTUSAN ONLINE

By


Bayi Lima Bulan Maut Dalam Kemalangan <b>Di</b> Jalan <b>Jerantut</b>-Termeloh

Posted: 01 Oct 2013 01:37 AM PDT

[SAKSIKAN...] Bayi Lima Bulan Maut Dalam Kemalangan Di Jalan Jerantut-Termeloh.

KUANTAN - Seorang bayi lelaki berusia lima bulan adalah antara empat yang maut dalam nahas berasingan di Pahang semalam.

Dalam kejadian di Jalan Jerantut-Temerloh dekat Temerloh jam 1 tengah hari semalam itu, bayi berkenaan Muhammad Raffie Dzulkarnain Muhammad Shahmin, mati semasa semasa dirawat di Hospital Jerantut.

Pemangku Penguatkuasa Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, dalam kejadian itu kereta yang dipandu bapa bayi berkenaan, Muhammad Shahmin Naim, 24, bersama isterinya yang berusia 20-an, dalam perjalanan dari Temerloh menuju ke Jerantut.

"Kereta yang dinaiki mangsa telah merempuh sebuah pacuan empat roda yang berhenti untuk masuk ke simpang kanan jalan itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Bayi berkenaan mati akibat cedera parah di kepala dan badan. - Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved