ads

Selasa, 8 Oktober 2013

06 di jerantut - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di jerantut - Google Blog Search


Jamilah mahu memperkasa Puteri UMNO <b>di Jerantut</b> | <? bloginfo <b>...</b>

Posted: 06 Oct 2013 07:00 AM PDT

October 6, 2013   ·   21 Comments

KUANTAN

KUANTAN 6 Okt. – Calon Ketua Puteri UMNO Bahagian Jerantut, Jamilah Jaafar, 32, berazam memperkasa golongan wanita muda di bahagian berkenaan supaya bukan sahaja lebih memahami malah matang dalam berpolitik.

Jamilah yang juga Ketua Penerangan Puteri UMNO Bahagian Jerantut berkata, beliau ingin memastikan tiada lagi persepsi golongan wanita muda tidak matang dalam berpolitik dan hanya sekadar penyeri dalam parti.

"Berbekalkan pengalaman yang saya ada dalam parti, saya rasa saya mahu mengambil peluang ini (bertanding Ketua Puteri UMNO bahagian) untuk terus mengemudi Puteri UMNO Bahagian Jerantut.

"Saya akui, ini tugas yang berat dan mencabar, tetapi saya yakin mampu melaksanakannya demi memastikan Puteri UMNO terus segar dan bukan sekadar penghias dalam parti," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Dalam pemilihan parti bulan ini, jawatan Ketua Puteri UMNO Bahagian Jerantut akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Jamilah, Nor Shafinaz Mohd. Azman dan Rosffazaleen Abdul Rahman.

Jamilah berkata, beliau akan memastikan lebih ramai golongan muda profesional menyertai Puteri UMNO Bahagian dan mengembalikan keyakinan wanita muda untuk bersama-sama memperjuangkan maruah serta martabat agama, bangsa dan negara.

"Golongan wanita muda terutama ahli puteri UMNO perlu diperkasakan demi mewujudkan keharmonian dan sifat kekeluargaan dalam melakukan tanggungjawab bersama terhadap masyarakat," katanya.

Mengenai pertandingan tiga penjuru merebut jawatan tersebut, beliau yang lebih mesra dalam kalangan ahli Puteri dengan panggilan JJ berkata, perkara itu memperlihatkan proses demokrasi yang sihat dalam UMNO.

"Saya menawarkan diri apabila ada kekosongan setelah penyandang, Datuk Hartini Abd. Rahman tidak mempertahankan jawatan kerana faktor umur," katanya. – UTUSAN ONLINE

By


Curi Motor, Tiga Remaja Geng Faiz Tumpas <b>Di Jerantut</b>

Posted: 13 Sep 2013 02:29 AM PDT

JERANTUT - Polis Jerantut berjaya menumpaskan 'Geng Faiz' yang terlibat dalam beberapa kes kecurian motosikal dan kereta di Jerantut dan Temerloh berikutan tertangkapnya tiga anggota kumpulan tersebut dua hari lalu. Ketua Polis Daerah, Supritendan Azid Ismail berkata,tiga lelaki berusia antara 17 dan 18 tahun itu ditahan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah kosong di Kampung Baharu, Jerantut pada jam 5.40 petang pada 10 september lalu. Menurutnya, daripada siasatan polis menemui lima buah motosikal pada 2 dan 6 September, tiga daripadanya ditemui di Jerantut manakala dua lagi di Temerloh. "Salah seorang suspek pernah ditahan di Sekolah Tunas Bakti, Telok Air Tawar, Butterworth, Pulau Pinang Disember tahun lalu kerana terlibat dalam kes yang sama, namun berjaya melarikan diri daripada tahanan itu pada April lalu dan kembali aktif mencuri motosikal di Jerantut dan Temerloh. "Hasil siasatan lanjut kesemua motosikal dicuri itu berjaya ditemui semula, manakala sebuah kereta jenis Proton Perdana yang dicuri berjaya ditemui di kawasan Industri Jerantut," katanya. Beliau bercakap kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di sini, semalam. Menurutnya, lima buah motosikal dan sebuah kereta itu dianggarkan bernilai RM50,000. "Ketiga-tiga suspek itu kini ditahan di bawah seksyen 379 A, Akta Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan penjara selama tujuh tahun," katanya. #sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved