ads

Khamis, 17 Oktober 2013

06 di kampung awah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di kampung awah - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di kampung awah</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Oct 2013 03:10 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di kampung awah</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Oct 2013 03:23 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di kampung awah</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Aug 2013 03:05 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BORAK SANTAI: Idul Adha <b>di Kampung Awah</b>.

Posted: 29 Nov 2009 04:19 AM PST

Tahun ini saya berkesempatan menyambut IdulAdha di Kampung Awah, rumah anak saudara saya di sebelah isteri. Saya berkesempatan untuk bersama-sama meraka mengikuti istiadat berkorban dimasjid Kampung Awah. Sungguh merian dan menyeronokkan kerana ini lah pertama kali saya dapat bersama-sama penduduk kampung membuat korban tujuh ekor lembu.

Lebih teruja apabila ada dua ekor lembu jantan yg mengamuk apa bila mendengar dengusan kawan mereka yg kena sembelih sehingga membuat mereka yg berdekatan bertempiaran lari. Kesilapan yg mereka buat hanya kerana tali yg mengikat lembu tadi terlalu panjang membuatkan lembu tadi boleh mengejar mereka yg duduk berdekatan.

Tetapi dengan kepakaran otai-otai disana dapat juga mereka tumbangkan lembu tadi setelah berhempas pulas dan putih tapak kaki berlari dan mengelak dari di tanduk lembu yg dalam kedaan ketakutan itu.

Saya kesempatan juga menolong meletakkan tangan brsama-sama menumbangkan seekor lembu yang bersama anak saudara saya yg bernama Faizal. Walau pun dalam usia muda pertengahan 20an beliau sungguh mahir menumbangkan lembu dan acara penyembelihan di buat oleh saorang imam yg agak muda juga. Saya juga menolong membuat kerja-kerja melapah walaupun selama ini tak pernah membuat kerja-kerja berikut. Mula-mula agak kekok juga tetapi selepas di tunjuk ajar dapat juga teknik yg betul.

Sungguh seronok dan terasa Iduladha tahun ini sungguh bermakna kerana dapat bersama orang-orang kampung yg saya tak berapa kenal membuat kerja-kerja korban. Kemesraan bergaul dgn mereka sungguh mengkagumkan kerana saya tidak dianggap saperti orang asing dalam kelompk mereka walaupun tidak mengenali mereka.

Inilah sifat melayu yg tulin yg masih tebal dikalangan orang-orang kampung di Kampung Awah ini.

Ziarah Da&#39;<b>awah</b> Ke Ulu Kota Siri 9 : Beraya <b>Di Kampung</b> Nur Azhar <b>...</b>

Posted: 21 Sep 2011 04:21 PM PDT

Laporan Ziarah Kampung Nur Azhar, Ulu Kota, Pakan,
Sarikei, Sarawak 16-18 September 2011
oleh Amir Zulhaqeem Zakaria

Pada tanggal 16 September 2011, Yayasan Amal Malaysia cawangan Sarawak (AMAL) telah mengadakan sesi ziarah ke Kampung Nur Azhar di Ulu Kota, Pakan, Sarikei. Ekspidisi Ziarah kali ini di ketuai oleh Timbalan Pengerusi AMAL Sarawak Sdr Mohd Ali Murad. PAra ahli ekspidisi yang lain adalah Sdr Jaini (Jaini Water & Gas), Sdr Tajul Anuar (Uni Curtin), Sdr Amir Zulhaqeem (Uni Curtin) dan Sdr Awangku Iskandar (AMAL Bintulu). Penduduk-penduduk kampung itu merupakan saudara-saudara baru berbangsa Iban yang baru sahaja memeluk Islam.

Objektif ziarah tersebut adalah untuk melihat perkembangan mereka di sana di samping berkongsi ilmu-ilmu asas Fardhu Ain. Mereka juga turut diraikan dengan Majlis Jamuan Aidilfitri. Masyarakat Iban dari Rumah Bandok yang berhampiran juga dijemput sama untuk memeriahkan lagi majlis tersebut.

Perjalanan bermula pada malam 15/9 lagi dengan dua buah kenderaan bertolak memulakan misi dari Masjid Piasau di Miri sesudah selesai menunaikan solat fardhu Isya'. Setibanya di Sarikei pada Subuh berikutnya, kami disertai Ustaz Fadzli beserta anaknya yang mewakili HIKMAH. Setelah selesai membeli barang-barang keperluan di Bandar Sarikei, ekspedisi ke Ulu Kota diteruskan dan kami tiba di destinasi pada jam 12.30 tengah hari.


Kedatangan kami disambut dengan mesra oleh Ketua Kaum En Azhar dan penduduk-penduduk Kampung Nur Azhar. Setelah menunaikan solat Zohor, kami pun menjamu selera bersama-sama dengan mereka. Pada sebelah petangnya pula, kami telah menziarahi sebuah keluarga Iban di Rumah Panjang Bandok yang baru sahaja kematian salah seorang ahli keluarganya mereka. Kami diberi layanan yang baik oleh penghuni rumah panajng tersebut walaupun berbeza agama dan kepercayaan. Mudah-mudahan akhlak yang ditunjukkan umat Islam akan menarik lebih ramai lagi daripada kalangan mereka untuk memeluk agama yang suci ini.

Pada hari kedua, kami telah membahagikan tugas sesama kami untuk melaksanakan beberapa perkara. Ada yang ditugaskan untuk bersiap di dapur bersama orang kampung untuk Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri selepas Zohor. Satu kumpulan lagi pula telah pergi menjalankan kajian di kawasan sekitar untuk mencari sumber air bagi kegunaan harian penduduk kampung tersebut. Sekumpulan lagi diketuai Ustaz Fadzli telah mengadakan Kelas Asas Fardhu Ain bagi penduduk kampung. Antara aspek ilmu yang ditekankan ialah cara solat, cara berwudhu', bertayamum dan bacaan Al-Fatihah. Pada hari itu juga, sahabat-sahabat seperjuangan yaitu Sdr Nuzul, Sdr Ali Aziz dan Sdr Abd Rahman dari Yayasan Amal Unit Kuching juga turut tiba untuk menghulurkan bantuan.

Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri pada tengah hari itu berjalan dengan lancar. Ramai masyarakat Iban sekitar bukan Islam yang hadir sehingga malam. Majlis dimulakan dengan sedikit pengisian daripada Ustaz Fadzli untuk menyampaikan kepada para tetamu tentang keindahan dan kemurnian Islam serta erti kemenangan di Aidilfitri. Tazkirah yang disampaikan dalam bahasa Iban itu mudah-mudahan mampu menyentuh hati penduduk sekitar dengan izin Allah.

Pada sebelah petangnya juga kami berkesempatan untuk menikmati keindahan alam Ulu Kota dan juga tidak melepaskan peluang untuk mandi-manda di Sg Bundak yang terletak berhampiran. Airnya sejuk tetapi sedikit keruh disebabkan aktiviti pembalakan yang sedang dijalankan di hulu sungai. Diharapkan sungai ini tidak bertambah teruk dan tercemar kerana sungai inilah sumber air terpenting bagi Rumah Panjang Bandok dan kawasan sekitarnya.

Pada waktu malam, telah diadakan pemeriksaan kesihatan dan pemberian ubat menggunakan kaedah Homeopathy kepada para penduduk kampung. Ramai yang berbaris untuk urusan tersebut. Pemeriksaan tersebut dijalankan oleh Ustaz (Dr) Nuzul dari Yayasan Amal Unit Kuching. Dr Nuzul yang fasih berbahasa Iban sangat disenangi oleh para pesakitnya.

Pada hari terakhir, kami bercadang untuk bertolak dari Ulu Kota pada jam 8 pagi. Namun hujan yang turun menyebabkan kawasan tanah merah berbukit tidak dapat dilepasi kenderaan pacuan empat roda yang kami naiki. Mungkin kalau kenderaan kami menggunakan tayar jenis 'offroad' tentu dapat memanjat bukit yang tinggi itu. Walaugbagaimanapun, Alhamdulillah dengan izinNya, cuaca kembali baik kemudiannya pada pukul 10.30 pagi. Kami pulang pada jam 1.30 petang setelah menunaikan Solat Zohor. Sedikit majlis penutup dan pemberian sumbangan kepada penduduk kampung juga turut diadakan sebelum kami berangkat pulang.

Secara keseluruhannya, hadaf dan objektif ziarah kali ini tercapai dalam memberikan sumbangan kepada saudara-saudara Islam kita yang baru dan diharapkan akan lebih ramai masyarakat Iban tertarik dengan keindahan Islam. Pelbagai pengalaman berharga telah kami perolehi dan mudah-mudahan ziarah seperti ini akan dapat diteruskan dari masa ke semasa dalam menyebarkan agama Islam kepada seluruh pelusuk masyarakat.

ALLAHUAKBAR!! ALLAHUAKBAR!! ALLAHUAKBAR!!

Noraza nafi diikat di Felda <b>Kg Awah</b> - UMNO kena fitnah ! | Ameno <b>...</b>

Posted: 28 Dec 2012 08:19 AM PST

Rujuk gambar bawah neh geng ;



Beberapa hari lepas ramai yang sebarkan gambar neh. Dengan aku2 sekali share kat page aku. 

Tetapi masalah sekarang individu yang di anggap telah di ikat oleh penyokong2 umno tue sebenarnya tak di ikat langsung. Telah wujud salah faham disini dan aku terpanggil nak betulkan salah faham tersebut.


Ketua Penerangan Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak), Noraza Muda menafikan laporan sebuah akhbar komuniti yang menyiarkan gambarnya didakwa ditahan dan diikat di sebuah pondok rehat semasa konvoi Kembara Oren Selamatkan Felda di Pahang baru-baru ini

"Saya nafikan berita dan gambar diikat dan ditahan di pondok Felda Kg Awah itu. Gambar itu di luar skop program yang kemudiannya telah dimanipulasi oleh rakan-rakan Facebook hingga timbul salah faham pelbagai pihak," katanya ketika dihubungi Harakah, 28 Februari lalu.

Beliau merujuk laporan Sinar Harian pada 25 Disember lalu yang turut menyertakan kenyataan pimpinan PAS Pahang.

Laporan itu menyebut tindakan kepada Noraza itu bagi menghalangnya bersama-sama peserta konvoi lain memasuki kawasan Felda Kampung Awah, Chenor.

Sumber : sini

Aisehmen. Sekali UMNO terkena fitnah lah plak. Tak pasal2 je orang maki hamun UMNO kan. Padahal dia takde kaitan langsung dengan gambar di atas. Berdasarkan kepada pengakuan terkini Noraza lah. 

Tatau plak kalau dia menafikan perkara di atas, disebabkan perkara tertentu. Apa pun memandangkan dia menafikan maka wajar kita terima sehingga terbukti dia menipu tue lain citer la kan.

Apa pun kepada yang maki hamun umno tak pasal2 tue.. heheh.. terpaksa plak minta maaf sebab dah tersalah anggap. Aku takde maki hamun oke. Aku tulis neh jek ek ==> 

Gila kaw. Hari tue aku ada nampak gambar neh tapi tatau plak keterangan dia macam neh. Orang tue upload gambar je.. hehe.. rupanya ada kisah disebaliknya 

So aku takyah arh minta maaf kan penyokong2 umno? Rileks sudah la.

kah kah kah


IKLAN TEXT DISINI


Nak Melancong?Lihat Pakej2 Menarik Ini.


STANDBY Jer.. Bil Elektrik Nak Naik Lagi Ni, Mesti Pilih~!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved