06 di ketari - Google Blog Search |
Berita Harian : Orang minyak AMUK <b>di Ketari</b> ~ Hot Reload 2u Posted: 04 Nov 2011 04:03 PM PDT KUANTAN: Anak gadis di 20 kampung dan tamah perumahan Ketari, Bentong dinasihat tidak berjalan bersendirian terutama pada waktu malam bagi mengelak menjadi mangsa 'lembaga hitam' yang dibimbangi penduduk sejak dua minggu lalu kerana ia adalah seorang penjenayah pecah rumah dan perogol. Sehubungan itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor, meminta penduduk meningkatkan rondaan malam di kawasan kejiranan masing-masing dan membersihkan semak-samun yang berpotensi menjadi tempat persembunyian penjenayah. Mohamad Mansor berkata, pihaknya sedang mengenal pasti beberapa suspek selepas memperincikan siasatan sebelum mengambil tindakan lanjut. "Jangan percaya khabar angin mengenai lembaga hitam, kita sedang menjuruskan siasatan untuk mendapatkan bukti untuk bertindak," katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam. Sementara itu, Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Othman, juga meminta penduduk di situ mendapatkan laporan lebih tepat daripada pihak berkuasa berhubung perkara itu bagi mengelak masyarakat terpengaruh dengan berita yang belum diketahui kesahihannya. Beliau menasihatkan mereka supaya meningkatkan semangat kejiranan dan mengambil langkah keselamatan termasuk memasang lampu untuk menerangkan persekitaran rumah. "Bagi masyarakat Islam pula, lebih baik adakan solat hajat dan perbanyakkan membaca al-Quran dan berzikir bagi mengelak perkara tidak baik berlaku di rumah masing-masing," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. ADUN Ketari, Datuk Dr Ng Keong Chye pula meminta penduduk kampung lebih berwaspada serta meningkatkan rondaan di sekitar kawasan masing-masing. "Pihak polis juga turut membuat rondaan dan kita harap penduduk dapat bekerjasama dengan polis untuk memastikan keharmonian kawasan masing-masing," katanya. Sumber |
You are subscribed to email updates from di ketari - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen